“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup. Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia”

Inilah antara kata-kata Izreen Azminda apabila di minta mengulas tentang segala kontroversi yang timbul terutamanya tentang perkawhinannya bersama Ude Wahid menjadi kemarahan orang ramai terutamanya golongan netizen.

‘Mungkin Ini Semua Kifarah Hidup, Kami Sudah Menerima Bahagian Masing-Masing’ – Izreen Azminda

Melalui Berita Harian, Izreen menjelaskan dia akui segala kecaman dan kemarahan orang ramai terhadapnya adalah salah satu cara Tuhan memberi ‘teguran’ agar dia kembali mengingati dan mendekatkan diri denganNya.

Katanya lagi, mulanya semua ini agak berat untuk dilaluinya tetapi lama kelamaan dia reda dengan segalanya.

IKLAN

Izreen tidak menolak dirinya serta ‘pihak di sana’ mungkin pernah melakukan kesilapan jadi mereka ditimpa dengan ujian hidup.

‘Mungkin Ini Semua Kifarah Hidup, Kami Sudah Menerima Bahagian Masing-Masing’ – Izreen Azminda

IKLAN

Malah Izreen turut menjelaskan mereka sudah menerima bahagian masing-masing dengan Adil.

“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup. Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata”

 

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda.

 

“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” jelasnya kepada BH Online.

‘Mungkin Ini Semua Kifarah Hidup, Kami Sudah Menerima Bahagian Masing-Masing’ – Izreen Azminda

IKLAN

Apapun ada benarnya kata Izreen, kadang-kadang apa yang berlaku walaupun perit pasti ada hikmahnya.

MH harap baik Izreen, Ude mahupun orang sekelilingnya, buang yang keruh ambil yang jernih!

SUMBER: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI