Categories: Berita Hiburan

Muat Naik Foto Tak Berbaju, Badron Munirah Cerita Ada Terima Mesej Jijik, Pernah Ditawar RM100,000 Jadi ‘Sugar Baby’

Share

Gara-gara memuat naik foto tidak berbaju di media sosial, pelakon meningkat naik, Badron Munirah tidak menafikan dia pernah menerima mesej berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.

Menurut Badron, tindakannya memuat naik foto-foto tersebut bukan untuk mencari publisiti, sebaliknya semata-mata kepuasan diri sendiri.

“Saya berkongsi foto-foto tersebut hanyalah untuk kepuasan diri sendiri. Kalau saya rasa nak kongsikan di media sosial, saya kongsikan sahaja.

“Sebab memuat naik gambar seperti itu, saya ada menerima banyak komen-komen jelik. Ada yang mengaku dia ‘pure bottom’ dan ajak saya berkenalan.

“Ada juga yang hantar gambar merepek dan ajak buat perkara tak elok. Kebanyakan yang hantar mesej seperti ini adalah daripada golongan lelaki,” katanya kepada MH.

Malah pelakon drama Puteri & Phrince terbitan Viu itu turut mendedahkan dia pernah menerima tawaran bernilai RM100,000 untuk menjadi ‘sugar baby’.

“Saya pernah menerima tawaran sebanyak RM100,000 untuk menjadi ‘sugar baby’.

“Ketika itu, saya baru lagi nak bertapak di dalam industri seni. Saya sangat takut dengan hal-hal seperti itu.

“Saya ada bercerita dengan kawan-kawan, macam mana nak atasi semua ini. Kata mereka saya tak perlu melayan.

“Buat masa sekarang, saya belum terfikir nak buat laporan polis. Setakat ini, belum ada yang berani untuk berbuat sedemikian secara berdepan. Mereka hanya setakat DM sahaja.

“Jika keadaannya lebih teruk, mungkin saya akan buat laporan polis,” kongsinya lagi.

Tak Guna ‘Famous’ TikTok Untuk Naik

Berkongsi mengenai karier lakonannya, Badron yang bermula sebagai pempengaruh mengakui dia tetap melalui proses sama seperti pelakon baharu lain.

“Pengarah tidak akan ambil kita berlakon sekiranya kita tidak punyai nilai yang tersendiri. Untuk watak ini, saya juga perlu jalani sesi ujibakat.

“Mungkin itu adalah rezeki saya. Jadi, saya cuba buat yang terbaik. Memang benar, saya merupakan seorang pempengaruh.

“Mungkin itu memberi sedikit kelebihan buat saya kerana orang sudah mengenali siapa saya.

“Saya cuma perlu tunjukkan kualiti dan apa yang boleh saya lakukan.

“Kalau nak kata saya diterima berlakon disebabkan saya seorang TikTokers, itu tidak benar. Saya turut jalani casting seperti orang-orang lain,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩

Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!

Tengok Powerbank Free Sini

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩

Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!

Tengok Powerbank Free Sini

Published by
Aizam Manaf