Semalam kecoh di media sosial apabila aksi pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura yang terlebih ‘sweet’ itu.

Rata-rata netizen mengecam pasangan tersebut kerana aksi yang dipaparkan seperti tidak sesuai dengan bulan ramadan.

MH difahamkan aksi terlebih ‘sweet’ tersebut berlaku kerana pasangan tersebut telah lama tidak berjumpa namun mungkin disebabakan perlakuan tersebut di tempat awam maka ia kelihatan tidak manis untuk dipaparkan di khalayak ramai.

Mungkin mendapat terlalu ramai yang mengecam, Fattah Amin memuat naik satu foto ‘pesanan imam Syafi’i di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Repost, pesanan Imam Syafi’i.

“Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia,” kongsinya.

Agaknya ditujukan pada siapa ya pesanan tu? Mungkin tidak tahan asyik menjadi bahan kecaman orang ramai membuatkan Fattah bertindak sedemikian.

IKLAN

Sementara itu, ruangan komen juga ditutup. Pada MH, mungkin ia untuk mengelakkan post tersebut mendapat lebih ramai kecaman orang.

Pada MH, bila jadi artis popular, memang segala benda yang dibuat memang akan diperhatikan oranglah kan? Mungkin selepas ini Fattah dan Fazura akan berhati-hati nak ‘display public affection’.

IKLAN

Muat Naik Foto ‘Pesanan Imam Syafi’i’ Di IG, Adakah Ini Respon Fattah Amin Bila Dikecam?

Orang Malaysia kan alergik sikit benda-benda ini. Apa-apapun, Janganlah bergaduh / mengutuk / mengeji / mengfitnah / mengeruhkan lagi keadaan, Jom kita baca Al-Quran selama satu jam pada 7 Jun 2018 bersama-sama!

sumber: IG Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI