
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju kandungan tempatan apabila muncul dengan siri Astro Originals terbaharu bergenre seram, misteri dan romantik berjudul Bride From The Past.
Drama ini mengangkat kisah watak Chen Xi Chi lakonan Jordan Sen, seorang pengarah dokumentari yang obses membongkar kisah lama mengenai ritual ‘Ghost Marriage’.
Ghost Marriage dikatakan satu adat masyarakat lama di mana roh orang mati ‘dikahwinkan’ demi keamanan.
Namun, tanpa diduga, penyelidikan Chen Xi Chi secara tidak sengaja mengganggu roh seorang pengantin perempuan, Ah Dou (Emily Chan) yang menyimpan rahsia tragis di sebalik kematiannya.
Ah Dou dikatakan masih tidak boleh menerima takdir dan kesakitan yang dilalui semasa hayatnya. Adakah dendam dan luka lama perlu dibalas atau ia boleh disembuhkan?
Sejak itu, hidup Chen Xi Chi berubah apabila terikat dengan roh Ah Dou. Demi membebaskan diri, mereka perlu menyiasat misteri kematian Ah Dou yang semakin mengundang persoalan.
Apa yang lebih mengejutkan apabila tengkorak Ah Dou ditemui hilang dari kubur!
Menariknya, Bride From The Past juga bukan sekadar berkisarkan elemen seram semata-mata, tetapi turut menampilkan unsur romantik merentas masa yang membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya, adakah cinta mampu bertahan walau terpisah antara dua dunia?
Gabungan kisah lampau dan realiti moden menjadikan drama ini sarat emosi, penuh twist, dan pasti membuat penonton melekat di skrin setiap minggu.
Sebagai sebuah karya Astro Originals, drama ini tampil dengan produksi bertaraf premium, sinematografi moden bercampur elemen drama, kesan khas realistik serta penceritaan yang dekat dengan tradisi masyarakat Asia.
Ia sekali gus dilihat mengangkat drama tempatan ke tahap antarabangsa.
Sementara bagi peminat drama seram, misteri dan cinta, Bride From The Past sememangnya pilihan tepat.
Dengan plot unik, karakter kuat dan sentuhan magis khas Astro Originals, drama ini dijangka mencetus fenomena baharu dalam kalangan penonton.
Jangan lupa saksikan Bride From The Past setiap Ahad jam 9 malam di Astro AEC (saluran 306), Astro One atau sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Instagram Jordan Sen & Emily Chan