
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite tampil memberikan respon terhadap komen seorang individu yang didakwanya sebagai ‘Datin’ yang menggelarkan dirinya sebagai artis sombong dan sendu.
Menerusi hantaran di aplikasi Threads, anggota kumpulan Elite itu turut memohon maaf sekiranya dia pernah menyinggung perasaan individu berkenaan tanpa disedari sebelum ini.
Menurut Azza, pada ketika ini dia sudah tidak lagi kisah dengan status ‘sendu’ kerana menganggap zaman popularnya telah lama berlalu.
“Terima kasih Datin. Minta maaf kalau saya tak salam datin ke apa. Sebab mana mungkin B40 macam saya nak salam Datin T20. Saya ni ada penyakit rendah diri.
“Sendu tu okaylah Datin. Umur macam kita ni takkanlah sama dengan yang 20-an. Masa 20-an tu dah terpaling dah Datin. Umur 40 ni, eloklah sendu sikit,” tulisnya.
Dalam masa sama, Azza memaklumkan fokus kehidupannya kini lebih terarah kepada keluarga serta usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Isi masa bersama keluarga, pergi masjid dan berniaga. Saya pula bos tak pakai duit datuk. Pakai duit sendiri sahaja.
“Gelaran artis itu tak bawa ke kubur pun datin.
Usia kita macam ini, sendu itu perlu. Tenang- tenang sahaja,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangkal dakwaan Azza sebagai artis yang sombong.
Sebaliknya, ada yang menyifatkan Azza sebagai individu yang peramah dan mudah didekati peminat.
“Kakak saya inilah artis yang paling merendah diri. Tak kira kau terkenal, orang biasa atau dari mana. Kak Azza layan kau betul-betul macam dia hargai kita. Sendu ke tak, tak guna duit orang. Dia kakak yang bekerja keras untuk teruskan hidup. Pedulikan kak apa orang nak cakap. Awak orang yang baik.”
“Tak baik cakap macam itu. Kak Azza sangat merendah diri. Peramah jangan cakap. Kita pernah jumpa dia dan beli kek dia dekak Tangkak.”
“Kak Azza ni orang paling merendah diri yang saya pernah jumpa. Kalau nak cakap terpaling diva atau apa sahaja, barang kali tu Azza lain rasanya. Pelanduk dua serupa barang kali.”
“Mereka ni menulis suka mengutuk artis. Semoga Allah bagi mereka hidayah supaya terbuka hati untuk minta maaf ikut sedap nak tulis je. Dalam sosial media sahaja berani jumpa depan depan tak berani sabar ya adikku Azza.”
Bagaimanapun, sehingga kini Azza memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu yang melemparkan kritikan terhadap dirinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Azza Elite