Ketika ini, sebut sahaja usahawan kosmetik, antara nama yang meniti dibibir netizen sudah pastinya usahawan popular Datuk Seri Alif Syukri, Datuk Seri Vida serta beberapa nama lain.

Iklan mereka yang lucu dan sensasi serta sering menaja program-program besar menyebabkan ada di antara mereka dikenali sebaris artis popular, hingga ada yang turut terlibat seni.

Tapi tahukah korang, sebelum mereka memonopoli stesen TV tempatan, ada usahawan yang terlebih dahulu popular dek kerana kredibiliti dan pesona mereka.

MH bawakan 5 ushawan kosmetik yang berjaya menempa nama terlebih dahulu. Yang penting, ada yang masih kekal sukses dengan bisnes mereka!

  1. Datuk Sosila Wati

Sebelum ‘Pengasas Selebriti’ Meletup, Ini 5 Figura Terlebih Dulu Tempa Glamor. Cuma Media Sosial Tak Kencang Masa Tu…

Arwah Datuk Sosila Wati merupakan pengasas bagi produk Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. Datuk Sosila boleh dianggap sebagai pelopor usahawan produk kecantikan apabila memperkenalkan jenamanya itu sekitar tahun 90-an. Bagaimanapun, sebuah tragedi telah menimpa beliau apabila dia dilaporkan telah dibunuh dengan kejam pada 2010. Kes pembunuhan jutawan kosmetik itu antara kes berprofil tinggi yang misteri dan mengambil tempoh panjang untuk diselesaikan. Al fatihah buat Allahyarhamah…

IKLAN

2. Rozita Ibrahim

Sebelum ‘Pengasas Selebriti’ Meletup, Ini 5 Figura Terlebih Dulu Tempa Glamor. Cuma Media Sosial Tak Kencang Masa Tu…

Umum mengetahui Rozita merupakan pengasas bagi produk popular Sendayu Tinggi Enterprice. Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini mempunyai kisah menariknya yang tersendiri dalam bidang perniagaan. Bermodalkan RM400, beliau memulakan perniagaan dan menghasilkan formulasi herba. Menariknya, beliau telah memutuskan untuk menggemukkan badan dan kemudian menguruskannya semula. Sambutan yang menggalakan mendorong beliau membuka perusahannya sendiri.

3. Zaiton Hassan

IKLAN

Sebelum ‘Pengasas Selebriti’ Meletup, Ini 5 Figura Terlebih Dulu Tempa Glamor. Cuma Media Sosial Tak Kencang Masa Tu…

Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton merupakan usahawan terkenal menerusi jenama Pravenus Beauty Sdn. Bhd. Zaiton popular dengan tagline ‘Comel Tak Kak Ton?’ menerusi iklan komersilnya di television. Ibu kepada finalis Hero Remaja 2018, Harris Annuar itu juga merupakan antara wanita pertama yang menjejakkan kami di bumi Palestin untuk menyampaikan sumbangan pada tahun 2012.

4. Datin Ira Ghani

Sebelum ‘Pengasas Selebriti’ Meletup, Ini 5 Figura Terlebih Dulu Tempa Glamor. Cuma Media Sosial Tak Kencang Masa Tu…

IKLAN

Memulakan kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang, Datin Ira Ghani kini boleh berbangga denga pencapaiannya sebagai pengarah urusan Positive Image. Syarikat tersebut terkenal dalam bidang kecantikan khususnya di bawah jenama Aura Seri.

5. Halimah Shuib

Sebelum ‘Pengasas Selebriti’ Meletup, Ini 5 Figura Terlebih Dulu Tempa Glamor. Cuma Media Sosial Tak Kencang Masa Tu…

Halimah Shuib atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah merupakan usahawan yang popular menerusi jenama Jamu Mak Dara. Wanita yang menginjak usia 74 tahun ini merupakan satu-satunya wanita tempatan yang cukup berjaya dengan produk jamu herba hasil resipi turun temurun yang diusahakan oleh anak lelakinya sendiri, Syed Gadaffi Syed Muhammad. Jika Indonesia berbangga dengan jenama Nyonya Meneer atau Mustika Ratu, Ibu Halimah membanggakan rakyat Malaysia dengan kejayaan produk-produk jamunya di bawah label Mak Dara.

Foto: Instagram Berkenaan/ carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI