1. Sherry Alhadad Pernah Ditendang Sampai Jatuh Longkang

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad telah berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli semasa kecil menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Sherry sejak kecil lagi dia sering diejek dengan perkataan gemul dan dia juga pernah ditendang sehingga jatuh ke dalam longkang.

 

2. ‘Kalau Ada Instagram Dia, Saya Sendiri Yang Akan Umumkan’ – Siti Nurhaliza

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

IKLAN

Penyanyi nombor satu negara yang baru sahaja melahirkan cahaya mata permpuan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi sumber Astro Gempak berkata dia akan mempertimbangkan untuk membuka akaun media sosial buat anaknya, Siti Aafiyah.

Menurut Siti, dia tidak mahu mendidik anaknya untuk fokus menjadi seorang selebriti dan dia juga mahukan puterinya ini membesar secara normal seperti kanak-kanak lain.

“Sebarang rezeki sama ada rancangan realiti sendiri atau akaun media sosial saya perlu bincangkan terlebih dahulu dengan suami.

 

“Kalau ada Instagram dia, saya sendiri yang akan umumkan nanti. Sehingga kini, segala perkembangan saya akan kongsikan menerusi akaun media sosial rasmi saya sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

 

3. Menantu Ajar Siti Nurhaliza Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

IKLAN

Tidak semudah yang disangka, menjadi seorang ibu sememangnya bukan mudah dan memerlukan banyak pengorbanan.

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza beryukur kerana dijaga oleh ibu serta ibu mertua sepanjang berpantang.

Dalam pada itu, Siti berkata kini dia menyedari bahawa untuk menyusukan bayi adalah cabaran utama selepas melahirkan anak.

IKLAN

Siti berkata dia bersyukur kerana menantunya, Tya Ariffin banyak membantu untuk menyusukan bayi dengan cara yang betul.

“Dia dah macam cikgu dan mentor saya. Dia yang ajar saya bagaimana melakukannya dengan betul.

 

“Alhamdulillah, selalu ibu yang ajar anak tapi untuk saya speciallah sikit. Tya yang ajar saya (ketawa),” katanya kepada Sinar Harian.

 

4. Hans Isaac Jelaskan Video Dan Gambar Dirinya Bersama Neelofa Di Sebuah Restoran Hanya Kebetulan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video dan gambar yang merakamkan pelakon dan pengacara popular, Neelofa bersama pelakon kacak, Datuk Hans Isaac makan malam bersama di sebuah restoran.

Rentetan daripada gambar dan video yang viral, Hans menjelaskan bahawa dia dan Neelofa berjumpa hanya kebetulan sebelum konsert berlangsung.

“Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja.

 

“Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.

 

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama… Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar ‘dating’,” katanya kepada BH Online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI