#MHBreakfirst : 4 Artikel Semalam Paling Tinggi Dibaca…

1.Sedih, Dr Mahathir Pulangkan Semula Darjah dan Pingat Kebesarannya

Nampaknya berita tentang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyerahkan kembali darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor terjawab.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais melalui satu kenyataan kepada media beberapa hari lepas.

Sungguhpun begitu, tindakan mewartakan pembatalan kurniaan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

SELANJUTNYA: 

Sedih, Dr Mahathir Bersama Isteri Pulangkan Semula Darjah dan Pingat Kebesarannya

2.Raline Shah In Relationship Dengan Seungri Big Bang?

Betul ke yang MH lihat dan dengar ni. Raline Shah dikatakan sedang bercinta dengan Seungri dari kumpulan Big Bang?

Wah! Mesra betul mereka berdua kan. Pasti ini akan membuatkan peminat tegar kumpulan popular di Korea itu tak tentu arah melihat kemesraan mereka berdua

Gosip mereka bercinta mula hangat diperkatakan apabila mereka hadir bersama-sama di majlis perkahwinan rakan mereka.

IKLAN

Dikatakan Raline dan Seungri kini semakin intim, malah Raline juga sering memuat naik gambar mesra mereka berdua di laman sosial, Instagram.

Namun ramai mendakwa sebenarnya mereka hanya berkawan baik. Tapi kira bertuahlah jika benar! Best friend sendiri popular bertaraf dunia tu!

SELANJUTNYA: 

Raline Shah In Relationship Dengan Seungri Big Bang?

3.Terjawab, Ujian DNA Buktikan Pelakon Lelaki Yang Didakwa Hamilkan Wanita 20an Tidak Bersalah!

Masih ingat tak korang dengan kontroversi wanita yang mendakwa pelakon lelaki popular telah menghamilkan dirinya sebelum ini?

Kini segala teka-teki tentang siapakah pelakon lelaki itu sudah terjawab setelah wanita berkenaan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menerusi sumber dari sebuah portal, wanita berkenaan berkata bahawa dia sudah mengenal pasti siapakah bapa terhadap anak yang dikandungkannya sebelum ini dan hasil daripada ujian yang dilakukan nampaknya pelakon lelaki yang didakwa oleh wanita tersebut ternyata bukan bapa kepada bayi berkenaan.

Sebelum ini heboh di media sosial beberapa nama pelakon lelaki tanah air yang menjadi sebutan kerana didakwa sebagai pelakon lelaki yang dimaksudkan oleh wanita ini.

Dia juga turut mengakui kesilapannya kerana telah menuduh dengan melulu sehinggakan nama-nama pelakon lelaki ini sedikit sebanyak mendapat tempias buruk yang berpunca daripada tindakan terburu-burunya itu.

Perkara ini telah membuatkan ramai netizen berang dan geram kerana tindakannya. Malah ramai mempersoalkan bagaimana seorang ‘ibu’ boleh tidak mengenali ‘bapa’ kepada anak yang dikandung.

IKLAN

SELANJUTNYA:

Terjawab, Ujian DNA Buktikan Pelakon Lelaki Yang Didakwa Hamilkan Wanita 20an Tidak Bersalah!

4.Demi Tiket Konsert Taylor Swift, Peminat Sanggup Jual Organ, Kereta, Rompak Bank!

Aduh penangan Taylor Swift ni nampaknya boleh tahan juga ya sampai ada peminat fanatik yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi membeli tiket konsert jelajah Tylor Swift, Reputation Tour yang bakal diadakan pda 8 Mei tahun hadapan.

Ada peminat yang sanggup menjual organ, kereta, merompak bank dan macam-macam lagi hanya untuk membeli tiket ke konsert penyanyi kesayangan mereka ini malah ada juga yang sanggup mengeluarkan kesemua wang simpanan mereka.

Semua ini gara-gara harga tiket yang dijual agak melampau mahalnya. Bermula dengan harga USD800 (RM3262.80), untuk tiket VIP pula harganya USD1,500 (RM6117,75) manakala tiket di zon lain pula berharga USD500 (RM2039.25).

Fuh mahal betul! Tapi bagi peminat-peminat Taylor ini mereka merasakan berbaloi untuk berhabis duit bagi menonton konsert dan melihat penyanyi itu di depan mata.

SELANJUTNYA:

Demi Tiket Konsert Taylor Swift, Peminat Sanggup Jual Organ, Kereta, Rompak Bank!