Penyanyi, Siti Nordiana tidak menafikan dirinya dan rakan baik iaitu pelakon, Zoey Rahman sudah lama tidak berjumpa atas kekangan masa dan komitmen seni. Bagaimanapun, penyanyi lagu Terpaut Sayang Padamu itu mengakui hubungan mereka masih lagi baik, tidak timbul isu sudah tidak bertegur sapa.

Spekulasi itu timbul apabila Zoey dikatakan sudah pun berpindah pejabat yang dahulu terletak berdekatan pejabat Siti Nordiana. Pada masa sama, kedua-dua mereka juga sudah jarang memuat naik foto bersama di media sosial.

IKLAN

“Kami tak ada bergaduh pun, cuma sudah jarang berjumpa. Kali terakhir jumpa beberapa bulan lalu. Meski lama tak jumpa, tapi saya ada WhatsApps Zoey. Terbaru saya ada hubunginya mengenai beberapa lokasi menarik di Bangkok, Thailand. Saya anggap dia ada sebab tersendiri apabila berpindah pejabat” katanya ketika dihubungi MH.

Ditanya mengapa sudah jarang memuat naik foto bersama, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ini mengakui, tiada gambar terbaru sebab sudah jarang bertemu.

IKLAN

“Macam mana nak letak gambar, kami masing-masing jarang bertemu. Malah sepanjang bulan puasa lalu pun, tak berkesempatan buka puasa sama. Kami sudah lama kawan, jadi kami sudah juga saling mengenali. Tak adalah gaduh-gaduh. Semua okay saja. Tak timbul isu tidak bertegur sapa,” akui Nana jujur.

Dalam perkembangan lain, Nana yang bakal melakukan persembahan skala besar bersama Alif Satar di Singapura dalam Alif Satar and Siti Nordiana Live Concert in Singapore pada 31 Ogos depan turut tidak sabar menghiburkan para peminatnya di Kota Singa itu.

IKLAN

“Saya diberitahu, lebih 70 peratus tiket sudah pun terjual dan pastinya ia beri signal yang baik terhadap sambutan konsert kami. Sudah lama saya tidak membuat persembahan secara eksklusif. Pastinya ia beri kepuasan tersendiri.

 

“Apa yang boleh saya janjikan, kami akan melakukan persembahan secara all out. Penonton yang hadir dan puas dan tidak akan frust, insyaAllah,” akhiri Nana yang bakal kembali ke set penggambaran September depan untuk sebuah drama bersiri di samping Fikry Ibrahim.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI