Hos program Gegar Vaganza, Jihan Muse turut meluahkan rasa terhadap insiden spontan yang berlaku apabila tiba giliran Zamani untuk membuat persembahan, malam tadi.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu gagal membawa lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits hingga menyebabkan dirinya gagal memperolehi apa-apa markah daripada juri profesional.

Zamani yang dilaporkan mengalami masalah suara yang ‘koyak’, bagaimanapun mendapat imuniti daripada penaja program.

Jihan menerusi Instagram turut memberikan dedikasi tersendiri terhadap apa yang berlaku.

Katanya, sepanjang lima tahu mengendalikan GV, apa yang berlaku malam tadi merupakan suatu pengalaman yang turut berharga.

IKLAN

“Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yg begitu berharga, berdiri di sebelah seorang lagenda yg kelu kerana tidak mampu menyanyi. Tiba2 satu dewan menyanyi bersama.

“Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yg bernama ZAMANI. Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada,” tulisnya.

Pada masa sama, Jihan turut merakamkan ucapan terima kasih buat rakan hos, Nabil yang disifatkan mempunyai keserasian yang cukup kuat dengan dirinya saat digandingkan bersama.

IKLAN

“Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yg begitu kuat dgn aku. Kdg2 tak perlu bincang apa2. Aku pandang ko ko pandang aku terus sama2 tau nak handle situasi. Melihat keadaan abg zamani skrg teringat zamani slam yg dulu.

“Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abg @zamanislam_official . Moga Allah memberkati kita semua,” maklum Jihan.

Lalu, pekongsian yang sudah pun mendapat lebih 10,000 tanda suka itu turut dihujani dengan komen pelbagai netizen.

IKLAN

Foto: Instagram Jihan Muse

 

.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI