Filem seram yang mencetuskan fenomena, Munafik 2 yang masih hangat ditayangkan di pawagan seluruh negara menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Ada sahaja yang menjadi perhatian, termasuklah mengenai solekan wajah watak Sakinah, lakonan Maya Karin.

Ada yang menyatakan wajahnya terlalu polos, hingga menampakkan jerawat yang jelas kelihatan.

IKLAN

Bagai tahu hal itu akan menjadi buah mulut segelintir penonton, Maya Karin terlebih dulu ada memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut ketika ditemui media pada malam gala tayangan filem itu beberapa minggu lalu.

Kongsinya kepada MH, Munafik 2 adalah filem kedua yang menampilkan dirinya dalam solekan yang minimalis selepas Anak Halal.

IKLAN

“Ini filem kedua saya kurang kenakan solekan selepas Anak Halal. Hanya aplikasikan foundation (bedak asas) sajalah walau pun waktu itu ada sedikit jerawat. Tapi Syamsul kata memang tak mahu saya kenakan solekan.

 

“Shading pun pada hari pertama dan kedua saya shooting saja. Selepas itu katanya tak payah. Lipstik tak payah, maskara pun tak payah,” selorohnya.

Terdahulu, Munafik 2 merupakan sekuel kepada naskhah Munafik yang diterbitkan dua tahun lalu, membariskan pelakon lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Mawi, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Untuk rekod, filem ini telah pun kutipan filem terbabit sudah pun mencecah kutipan lebih RM30 juta selepas 10 hari tayangan, seperti yang dikongsi Syamsul menerusi Instagram beberapa hari lalu.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI