Angah Raja Lawak mendedahkan, dia pernah lari dari rumah semasa kecil dahulu. Berkata kepada Media Hiburan, insiden tersebut berlaku semasa umurnya disekitar belasan tahun.

“Masa itu petang raya, bergaduh dengan mak punya pasal sampai saya nekad lari dari rumah. Bila lari tu, ayah saya pun ada kejar dan cari saya.

 

“Kemudian,saya sembunyi di rumah kawan. Nak dijadikan cerita, bila kawan-kawan sekampung tahu mengenai hal tersebut, ramai-ramai datang pujuk dan hantar saya balik.

 

“Pengalaman itu mengajar saya bahawa sahabat susah senang memang sukar dicari dan juga macam mana sekalipun, dengan orang tua jangan ‘nakal-nakal’,” kongsinya jujur.

Angah yang telah pun mendirikan rumah tangga dengan Amira Asyura Abd Razak Februari 2016 lalu sempat berkongsi mengenai Syawal pertama di rumah mertuanya di Melaka.

IKLAN

“Tahun ini balik belah isteri dahulu di Melaka. Kami amalkan sistem gilir-gilirlah.

 

“Paling saya suka, ibu mertua gemar memasak dan antara menunya adalah kambing masak merah, ketupat dan juadah-juadah raya lain,” katanya lagi.

Foto: Instagram Angah

IKLAN
IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI