Fitri Haris menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) sebentar tadi.

Menerusi konsert akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,Fitri yang menyampaikan lagu Zinnirah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro dan trofi.

Tempat kedua disandang oleh Adeep Nahar dan melayakkannya membawa wang RM30,000.

Awi Rafael pula yang mendendangkan lagu memenangi tempat ketiga dan mendapat hadiah berupa wang tunai RM20,000.

IKLAN

Tempat keempat dimenangi oleh InTeam yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM15,000.

Heliza & Hazwani dan Brothers hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000.

IKLAN

Keenam-enam finalis dikehendaki menyampaikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu battle antara Adeep Nahar vs Fitri Haris menyampaikan lagu Al Nura…yang 5 yang 6; Awi Rafael vs Heliza &Hazwani (Pejamkan Mata) dan InTeam vs Brothers (Al-Haq…Yang Satu).

Sistem pemarkahan diadili seratus peratus oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah bersama Oki Setiana Dewi dan juri jemputan iaitu Datuk M. Nasir .

IKLAN

Program yang dipancarkan secara lansung itu turut disiarkan di saluran Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135) dan saluran digital Astro Go serta Astro On Demand.

Menepati Ramalan, Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza 2

Siti Nordiana, Fakhrul dan Fikri bertindak selaku pengacara dan program Gema Gegar Vaganza ditaja oleh Beauty Kaseh .

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI