Categories: Berita Hiburan

Mendua ‘Menyala’ Minggu Pertama GV12 Raih Markah Tinggi 69.50%, Shae & Elaine Antara Tiga Terbawah!

Share

Penyanyi berkumpulan dari Indonesia, Mendua, mencipta kejutan apabila berjaya mengungguli saingan minggu pertama program realiti popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) dengan markah tertinggi 69.50%, malam tadi.

Membawakan lagu hits mereka, Hampir Ke Situ, persembahan Mendua berjaya memukau juri dan penonton sekali gus membuka tirai GV12 dengan penuh bergaya.

Saingan pembuka tirai musim ini turut menyaksikan Mark Adam sukses di tempat kedua dengan markah

67.75%.

Nubhan yang tampil dengan lagu popularnya Ada Untukmu pula menduduki tempat ketiga dengan 65.50%.

Aksi mereka bertiga dianggap antara persembahan paling menyerlah pada minggu pertama apabila mendapat komen positif para juri.

‘Bottom 3’ Masih Ada Peluang

Bagaimanapun, bukan semua bintang bernasib baik pada minggu pertama.

Shae hanya memperoleh markah 48.50%, diikuti Datuk Elaine Kang (48.00%) dan Shy8 (47.25%), menjadikan mereka tiga peserta paling bawah minggu ini.

Namun begitu, kesemua peserta masih berpeluang untuk memperbaiki persembahan pada minggu hadapan kerana tiada penyingkiran dilakukan.

Berikut senarai penuh kedudukan peserta GV12 minggu pertama;

Mendua – 69.50%
Mark Adam – 67.75%
Nubhan – 62.50%
Rahmat Ekamatra – 62.00%
Krisya – 61.50%
Freshies – 58.75%
Ruri Repvblik – 58.50%
Mell Sakura – 57.00%
Iskandar Ismail – 56.75%
Korie – 56.00%
Shae – 48.50%
Dato’ Elaine Kang – 48.00%
Shy8 – 47.25%

Seramai 13 bintang GV12 telah pun membuat persembahan dan edisi kali ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

GV12 berlangsung selama 12 minggu, dengan dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, bersiaran dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam.

Dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104), GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH