Menerusi Instagram, adik kepada penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah Tarudin pula mengumumkan yang dia kini sedang berbadan dua. Perkongsian tersebut dibuat penyanyi ini pada Isnin.

Sairah yang mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Sharidan Johari Februari lalu turut berkongsi foto imbasan ultrasound.

“Ya Allah. Ya Rohman. Ya Rohim. 2nd check up. Menantikan saat indah, walaupun hati debar,” maklumnya sambil turut meletakkan tanda palang #wahaianak.

Sehingga kini, entri tersebut sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka dan rata-ratanya menitipkan rasa gembira dan tahniah atas berita itu.

IKLAN

Pasangan tersebut berkahwin pada 24 Februari selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2014.

Menerusi perkahwinan terdahulu, bintang berusia 34 tahun itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Tahniah dari kami!

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Siti Sairah

https://www.youtube.com/watch?v=SvgLjApBLnc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI