Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata ketiga, pelakon, Datin Lisa Surihani akhirnya memutuskan untuk mendedahkan nama puteranya itu.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Lisa mendedahkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi lelaki mereka itu, Yunos Laith.

Membawa Maksud Keberanian Bak Singa, Datin Lisa Surihani Perkenal Nama Anak Bongsu Membawa Maksud Keberanian Bak Singa, Datin Lisa Surihani Perkenal Nama Anak Bongsu

Menurut Lisa, nama Yunos telah diambil bersempena dengan nama salah seorang nabi manakala Laith pula melambangkan sifat keberanian bak singa.

“Assalamualaikum! Hi everyone. We would like to introduce our brother, he is 7 days old today. His name is Yunos Laith Bin Yusry. ‘Yunos’ is the name of one of our prophets and ‘Laith’ means brave as a lion. Rawr!

IKLAN

“We love him very much. He was born on the 15th of June, which is also Daddy’s birthday. Alhamdulillah , Thank you everyone for praying and for the well wishes. Love, The YLs,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, isteri kepada pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan diri dan juga anaknya itu.

Membawa Maksud Keberanian Bak Singa, Datin Lisa Surihani Perkenal Nama Anak Bongsu Membawa Maksud Keberanian Bak Singa, Datin Lisa Surihani Perkenal Nama Anak Bongsu

Bagaimanapun, sehingga kini, Lisa dan suami dilihat masih belum memaparkan wajah penuh anaknya itu buat tatapan para peminat.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pilihan nama tersebut sekain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.

“Syukur, a very good name. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang seluas-luasnya buat Yunos Laith sekeluarga. InsyaAllah…Amin.

“Alhamdulillah, selamat berpantang. Lebatnya rambut Yunos Laith.

“Semoga menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayah.

IKLAN

“Sedap namanya, penuh makna,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Membawa Maksud Keberanian Bak Singa, Datin Lisa Surihani Perkenal Nama Anak Bongsu

Terdahulu, Lisa dan Yusry telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 23 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Sumber: Instagram Datin Lisa Surihani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI