Categories: Hiburan

“Memang Impian Setiap Wanita Untuk Punyai Suami Yang Mampu Sediakan Segalanya,” – Anzalna

Share

Pelakon, Anzalna tidak menyangka videonya bersama suami, Hanif Zaki yang memaparkan perbualan mengenai perbelanjaan bulanan kembali tular di media sosial.

Menurut Anzalna, setiap wanita memang mengimpikan untuk dikurniakan suami yang mampu menjalankan tanggungjawab serta menyediakan segala keperluan buat isteri tercinta.

“Video saya bersama Hanif berkaitan ‘maintenance’ viral. Memang sudah menjadi impian setiap wanita untuk mempunyai suami yang mampu menyediakan segalanya. Betul tak?

“Namun, tidak semua lelaki faham tentang tanggungjawab mereka.

“Jadi, sebagai isteri, kita sepatutnya mengingatkan agar mereka tidak terjerumus di dalam dosa dan rezeki mereka terus bertambah bila berbelanja buat keluarga,” tulisnya menerusi aplikasi Thread.

Katanya lagi, soal tanggungjawab suami tidak boleh dipandang ringan meskipun tidak mempunyai pendapatan yang besar.

“Tak kisahlah sama ada suami berpendapatan kecil atau punyai banyak tanggungjawab lain. Dalam perkahwinan, tanggungjawab tetap tanggungjawab.

“Kena ingat, kita kena selalu doakan untuk suami agar Allah terus merahmati mereka dengan rezeki yang melimpah ruah,” ujarnya.

Peminat Setuju & Kongsi Pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan sama selain memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang tahu menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Antaranya;

“Sentiasa meminta ikut kemampuan suami. Mintalah walaupun bekerja atau ada perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, suami saya lulus bab ni. Semoga terus beristiqomah melayan isteri dan anak-anak. Tak mewah tapi cukup untuk kami.

“Semoga awak dan suami sentiasa dalam jagaan Illahi. Sebab ada sahaja wanita yang tak bersyukur. Ada kurang dengan laki dia, terus nak cerai.

“Betul cakap Anzalna tapi nanti kalau kita ingatkan, ada yang sentap,” antara komen-komen netizen.

Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf