
Sejak beberapa hari lalu, penampilan terkini pelakon, Amyza Aznan nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi hantaran di media sosial sejak Isnin, Amyza kini dilihat sopan dengan mengenakan hijab.
Malah, Amyza turut merakamkan ucapan penghargaan buat usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Seri Alha Alfa menerusi sedutan video yang memaparkan dirinya cantik bersolek.
“Semoga pahala Datuk Alha Alfa berterusan, amin,” tulis Amyza ringkas.
Bagaimanapun, Alha turut memberikan reaksi dengan menyifatkan perubahan Amyza itu tidak akan berlaku jika hatinya tidak digerakkan Allah SWT.
“Allahuakbar kak. Anggap Allah memang sudah aturkan dan saya sebagai jalan cerita sahaja. Tahniah. Ramai suka dengan imej sebegini,” balasnya.
Malah, penampilan terkini Amyza turut mendapat pujian dari kalangan rakan-rakan artis termasuklah daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan primadona, Erra Fazira.
“MasyaAllah, cantiknya Kak Ya,” komen Siti.
“MasyaAllah, benarlah bidadari itu wujud. Cantik sangat sister,” tulis Erra.
“Manis sangat kau Amyza. I love you sayangku. Allah pun sayang mu,” komen Azza Elite.
“Aku dah agak dah mu memang paling lawa,” komen Didie Alias.
Sementara itu, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Amyza terus kekal istiqomah untuk ke arah yang lebih baik.
“Ya Allah, cantiknya Akak Ting Tong kita ni. Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. We all love you.
“Cantik berganda bila berhijab, syukur Alhamdulillah.
“Cantik masyaAllah. Ini yang kita namakan bidadari.
“Alhamdulillah, semoga terus kekal istiqomah kak,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah pun meraih lebih 30,000 tontonan.
Sebelum ini, Alha sinonim menata rias wajah rakan artis menggunakan produk yang diusahakan.
Bagaimanapun, pada projek kali ini, Alha impikan artis-artis tersebut untuk tampil manis berhijab.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.