“Masuk Pertandingan Untuk Belajar Bukan Bercinta,”- Konon ‘Cinta Lokasi’ Dengan Sissy Iman, Ariff Bahran Dimarah Siapa?

Tindakan penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa sedih kerana terpaksa ‘berpisah’ dengan penyanyi Sissy Iman yang tersingkir di konsert minggu ke-4 Big Stage nyata mengundang kritikan segelintir pihak.

Ada yang berpendapat Bahran sepatutnya fokus untuk berdepan dengan cabaran pada minggu seterusnya dan bukannya sibuk dengan ‘cinta lokasi’.

https://www.instagram.com/p/Bm-u8b7HnBU/?hl=en&taken-by=ariffbahran

“As for you, this is not the end of your career and im sure you can’t see the end in music too. Therefore, your future is brighter than all of this game that u had to go through.

 

“Even i was surprised that they used the immunity on me when it was supposed to be you. Nilai music awak mahal. Even im attracted to your music (well not just her music la hahah) i hope you tak terus berfikir as you have your friends, family and u know i got u too. Will miss your presence. Keep on shining being the sissyimann you are,” tulisnya.

Dalam ucapan tersebut Bahran memberi tahu, penyingkiran ini bukanlah pengakhiran bagi karier Sissy dan menyifatkan masa depan penyanyi tersebut lebih cerah berbanding program nyanyian yang harus mereka lalui itu.

Dalam pada itu, Bahran sempat memberikan ‘hint’ dengan mengatakan dia bukan sahaja minat dengan muzik yang dibawakan oleh Sissy sebaliknya lebih daripada itu.

IKLAN

Menerusi gambar tersebut, Bahran juga dilihat meletakkan tag nama Sissy tepat di hatinya.

Namum diruangan komen, rata-rata peminat kurang bersetuju dengan tindakkan Bahran kerana berpendapat dia harus menggunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu secukupnya.

IKLAN

Bagi MH, niat Bahrah mungkin hanyalah untuk memberi nasihat kepada Sissy supaya jangan mengalah dan teruskan kariernya dalam bidang nyanyian.

Tapi kalau mereka nak bercinta pun apa salahnya kan? Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka ini.

Foto: Instagram