Diuji dengan kemelut rumah tangga, adakah masih ada cinta di hati Shaarnaz Ahmad
Ternyata, masih ada cinta di hati pelakon berkenaan, tetapi cinta yang tersisa ini hanyalah menerusi ikatan cinta di antara Hazrul, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose menerusi watak Daliya.
Lelakimu Yang Dulu kini bersiaran menerusi slot Akasia bermula 19 September lalu.
Drama 28 episod arahan Eoon Shuhaini terbitan Mache Allstar United Sdn. Bhd. ini menggandingkan dua bintang tersebut sebagai pelakon utama lalu dibantu barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Ungku Hariz, Reen Rahim, Nadia Brian, Azizah Mahzan, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.
Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya yang terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol.
Ads
Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.
Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri dan beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung.
Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Ads
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya.
Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.
Ads
Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya.
Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali
Apaka kesudahannya? Jangan lupa untuk saksikan drama Lelakimu Yang Dulu yang diadaptasi daripada novel karya Farah Darianna terbitan Idea Kreatif ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3.
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya itu minggu lalu.
Jelas Dr Che Hafiz, perkara tersebut dilafazkannya menerusi aplikasi WhatsApp selepas perbincanganuntuk menjernihkan keadaan seperti menemui jalan buntu.
“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.
“Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat,” jelasnya kepada MH.
Ditanya mengenai apakah punca sebenar hingga membawa kepada konflik tersebut, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya, dia mengharapkan agar apa yang telah berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga.Namun saya mengharapkan agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
“Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan,” katanya yang tidak lagi tinggal sebumbung kira-kira tiga bulan lalu.
Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga bintang Mahar Tanpa Cinta berusia 34 tahun itu mulai diperkatakan apabila dirinya ada memuat naik status yang antara lain menyentuh isu berkaitan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam Lufya bagi mengelakkan sebarang telahan dibuat netizen.
Sekadar imbasan, Lufya dan Hafiz diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri yant diberima Laana Haura, kini berusia dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Twitter, ada seorang individu memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti yang terkejut melatah dengan sopan, tetapi lucu!
Insiden tersebut berlaku di sidang media program Big Stage minggu keempat, yang menyaksikan bintang yang sinonim dengan gelaran 'penyanyi nombor satu' itu memberikan imuniti buat Fieya Julia.
“Tokti melatah pun sopan. Hahahaha,” tulisnya pada video tersebut.
Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Tok Ti.
Malah, Tok Ti sempat berkata "apa yang Siti Nurhaliza buat ni" sambil dipandang mesra rakan artis, Jaclyn Victor dan wakil Astro.
Sekadar informasi, Tok Ti bersama penyanyi Indonesia terkenal, Judika dan Cakra Khan merupakan juri tetap untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.
Sementara Jaclyn Victor pula dijemput sebagai juri jemputan pada minggu berkenaan.
Video : Twitter Idan Matt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz ada berkongsi berita bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Menurut Azira, dia telah dimasukkan ke hospital akibat terkena serangan suhu badan yang panas, awal pagi tadi.
Menyedihkan, penyanyi anggota kumpulan De Fam ini menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-28 tahun, hari ini.
“28. Alhamdullilah, happy birthday to libra babies It’s a bummer to be celebrating my bday in the hospital cause my body ‘SUHU PANAS PANAS’,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar bintang drama bersiri Seribu Rindu ini kembali sihat seperti sedia kala.
MH mendoakan agar Azira cepat sembuh dan semua urusan dipermudahkan.
Untuk rekod, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan telah dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.
Foto: Instagram Azira Shafinaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...