Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa mengakui apa yang berlaku sepanjang kerjayanya dalam seni adalah asam garam yang perlu diterimanya.

Menyifatkan segala kecaman netizen sebagai suatu yang lumrah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini menganggap mereka di luar sana hanya tahu mengkritik, tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Saya sedar ada yang mengatakan nama saya naik kerana isu yang kurang baik, ada saja kontroversi dan sebagainya. Tapi apa yang boleh saya katakan, setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah. Saya tidak kata saya betul seratus peratus, tetapi saya jarang untuk war-war atau balas setiap kritikan yang diberikan orang terhadap saya.

 

“Kiranya masalah orang dicampakkan pada saya, jadi menyebabkan nama saya turut terjejas. Saya tidak mahu meroyan sana-sini demi menegakkan kebenaran,” katanya ketika dihubungi MH.

Fatin berkata demikian selepas didakwa menjaja cerita sensasi demi menaikkan nama. Terbaru, pelakon drama Monalisa ini turut menerima reaksi pelbagai menerusi video ‘Kiki Challenge’ yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

IKLAN

“Lagi Pula Baju Pakaian Yang Saya Kenakan Bukanlah Seksi. Masih Labuh,” – Kata Fatin Afeefa Isu Keke Challenge

Mengulas mengenai perkara itu, Fatin menjelaskan apa yang dilakukannya adalah sekadar suka-suka saja. Malah dia tidak faham apabila ramai yang kecam, memberikan komen melampau.

IKLAN

“Saya buat dengan rakan untuk suka-suka sahaja, tiada yang serius pun. Lagi pula baju pakaian yang saya kenakan bukanlah seksi. Masih labuh,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, bekas isteri kepada pelakon, Adam Shaz ini kini sedang sibuk di lokasi drama 100 episod, Jodoh-Jodoh Anissa di samping Izara Aishah. Selain itu, dia juga bakal memasuki studio Ogos depan bagi merakamkan single terbaru.

IKLAN

Foto: Instagram Fatin Afeefa

https://www.instagram.com/p/BlU-gUchzhN/?taken-by=fatinafeefa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI