Pelakon yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6, Ika Nabella mengakui selepas berhadapan dengan detik sedih apabila mengalami keguguran setahun lalu, dia kini lebih positif dan setia menanti untuk dikurniakan rezeki mendapat cahaya mata.

Ujarnya, dia dan suami sepakat untuk lebih relaks dan pada masa sama mendoakan yang terbaik.

“Mana Tahu Lepas Ni Saya Disahkan Mengandung?” – Ika Nabella Berdoa Tunggu Rezeki Dikurnia Cahaya Mata Selepas Keguguran

IKLAN

“Selepas alami keguguran lebih kurang setahun lalu, saya anggap kami belum ada rezeki untuk timang anak. Jadi apa yang boleh saya dan suami lakukan ialah relaks dan pada masa sama berdoa. Kalau dapat cahaya mata dalam temphot terdekat pun saya okay, tetapi kalau lambat pun saya terima.

 

“Yang penting, kami tidak putus-putus berdoa. Kalian pun berdoalah ya. Mana tahu lepas ni saya disahkan mengandung,” seloroh Ika ketika ditemui MH di majlis pelancaran kosmetik daripada juru solek terkenal, Datuk Alha Alfa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Ahad. 

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, pelakon drama Seharum Mawar ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Melodi Cinta Sarah dan bersempena raya nanti, dia turut muncul menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya.

“Mana Tahu Lepas Ni Saya Disahkan Mengandung?” – Ika Nabella Berdoa Tunggu Rezeki Dikurnia Cahaya Mata Selepas Keguguran

IKLAN

“Watak saya menerusi drama tersebut adalah peranan baru. Tak sabar juga nak tunggu reaksi penonton. Manakala setakat ini, saya tidak ada mengambil mana-mana projek lakonan menjelang Ramadan. Hanya beri fokus pada puasa dan bisnes, insyaAllah,” akhiri Ika. 

Foto: Ika Nabella Instagram

IKLAN

Ikuti temu bual bersama Ika Nabella menerusi FB Live MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155635205613435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI