Di saat ramai yang asyik mengecam para ‘makcik bawang’ ini, juara Hero Remaja, Alif Muhaimin berpendapat berlainan.

Pada pandangan pemuda berusia 24 tahun, ada juga bagusnya kewujudan makcik bawang ini.

“Pada Alif, makcik bawang ini yang boleh ‘carry’ nama-nama kita jadi Alif rasa golongan ini jangan hilang.

“Lagipun, Alif selalu sibuk dan tak ada maaa nak baca apa yang terjadi tapi dengan ada golongan ini, Alif dapat update apa yang terjadi sekarang ini.

“Jadi pada Alif, ada lah juga bagusnya makcik bawang ini walaupun hanya publisiti murahan,” katanya kepada Media Hiburan.

Wow! Positifnya Alif ni. Di saat orang lain tak suka dengan golongan membawang ini, dia berpendapat berlainan.

IKLAN

‘Makcik Bawang Ni Kalau Boleh Jangan Hilang’- Alif Hero Remaja

IKLAN

Sementara itu, Alif sempat juga berkongsi perasaannya bergelar ‘anak seni’ setelah memenangi Hero Remaja tahun lalu.

IKLAN

“Alhamdulillah, industri ini membuatkan Alif lebih berdisiplin, fikir apa yang patut dibuat, apa yang dielak.

“Alif juga sedia ditegur oleh peminat sebab bagi Alif mesti ada sebab kenapa mereka buat begitu kan,”katanya lagi.

Bagus betul MH lihat sikap Alif yang sentiasa positif ini. Semoga dia dapat pergi jauh dalam industri ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI