Select Page
  • 2.6K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.6K
    Shares

Selebriti, Azza Elite yang telah pu mengerjakan umrah baru-baru ini ada memberikan perkongsian rohani di Instagramnya berkenaan dengan rezeki yang sudah ditetapkanNya.

Menerusi posting yang dikemas kini, anggota kumpulan Elite itu ada memberitahu, setiap hari dia belajar untuk memahami serta mengamati setiap hidup yang dilalui dan mengakui ada ketikanya dia kurang bersyukur atas rezeki yang telah dilimpahkan.

“Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

 

“Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapanNya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi. Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain,” tulisnya.

Pada masa sama, Azza turut memaklumkan dia tidak tahu di mana rezekinya, tetapi ia tahu di mana dirinya berada.

“Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada. Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku. Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan aku dalam kandungan ibuku.

 

“Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya. Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijaminNya, adalah kekeliruan berganda. Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

 

“Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya. Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya. Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail,” kata Azza lagi.

Sementara itu, bintang ini turut mengakui, atas kesedaran yang diterimanya, dia tidak boleh rasa iri terhadap rezeki orang lain.

“Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan. Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”. Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”.

 

“Halalnya dihisab dan haramnya diazab. Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya,’ akhiri Azza sambil disertakan dengan tanda palang #azzaelitefabulousteam.

Foto: Instagram Azza Elite

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.. Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini. Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapanNya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi. Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain. Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada. Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku. Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan aku dalam kandungan ibuku. Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya.. Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijaminNya, adalah kekeliruan berganda.. Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati. Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya. Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya. Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail. Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan. Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa” Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”… Halalnya dihisab dan haramnya diazab. Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.. #azzaelitefabulousteam @azzaazlanempirehq @preciousaljannah #bedaksejukazzaelite #azzaelitemakeupbase #azzaelitetalcum #jamuchocoyeng2 #delgadoyeng2 #putehcandyyeng2 #gambarsekadarhiasan

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: