Penyanyi Haqiem Rusli menegaskan, dia tidak pernah menipu perihal masalah kemurungan dihidapinya sejak awal tahun. Sebaliknya kata Haqiem, timbul salah faham mengenai pengakuannya yang telah diberikan sebelum ini.

Bagaimanapun, penyanyi angkatan baru ini mengakui, dia sebenarnya mengalami kemurungan ringan, tetapi belum merujuk perkara itu kepada pakar psikiatri, bagi mendapatkan kesahihan.

“Saya mengalami kemurungan ringan disebabkan masalah tidur, berat badan tekanan kerja dan tekanan kesan daripada kecaman netizen.

 

“Kalau ditanya mengenai sejauh mana pengetahuan saya mengenai masalah ini, saya ada merujuk dengan rakan yang pernah mengalami perkara lebih kurang sama dan ia menunjukkan ada tanda jelas kemurungan ringan,”katanya pada sidang media khas, semalam.

Bagi menyelesaikan masalah yang melanda diri, penyanyi Tergantung Sepi ini juga bakal bertemu pakar psikiatri di sebuah hospital hari ini bagi mengetahui sama ada dia benar-benar menghadapi kemurungan atau pun mempunyai masalah lain.

IKLAN

“Ya, saya tidak bertemu dengan doktor sebelum ini kerana ego dan degil. Namun selepas apa yang berlaku, pihak pengurusan telah mengaturkan pertemuan dengan pakar psikiatri,” jelasnya lagi.

Selain menjelaskan mengenai kekecohan yang berlaku kesan dari pendedahannya sebelum ini, Haqiem turut memohon maaf rentetan kontroversi  tersebut.

Bagaimanapun, bintang itu sekali lagi turut menegaskan isu yang berlaku bukanlah suatu gimik seperti didakwa selain meminta diberikan peluang kedua atas kekhilafan dirinya.

IKLAN

Haqiem mewakili kelab peminat turut memohon maaf kepada carian yang diterima media, selain memohon maaf terhadap Ernie Zakri dan Wany Hasrita yang turut terpalit dengan insiden selepas insiden di sebuah program anjuran sebuah stesen radio, baru-baru ini.

IKLAN

Ikuti sidang media berkenaan menerusi FB LIVE MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155758761793435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI