Nampaknya Malaysia bakal selangkah lagi untuk mengejar emas dalam aksi perlawanan bola sepak selepas kemenangan skuad bola sepak kebangsaan menundukkan Indonesia 1-0 dalam separuh akhir.
Kemenangan skuad bola sepak kebangsaan menjadi bualan hangat lagi, lebih-lebih lagi malam esok bakal menyaksikan Malaysia bertemu Thailand bagi merebut pingat emas.
Turut menjadi trending di Twitter apabila seorang individu, Alongmuizz menzahirkan harapan ingin melihat pelakon Bront Palarae menjadi pengulas sukan perlawanan akhir tersebut malam ini.
Melalui tweet individu terbabit mendapat lebih 32 ribu retweet dari pengguna Twitter dan mendapat 13 ribu likes.
“Kami mahu Bront Palarae menjadi pengulas final Sukan Sea. Tolonglah jadikan ia realiti Khairy Jamaluddin,” tulisnya.
Tweet tersebut turut menarik minat pelakon Sharifah Amani dan Remy ishak yang juga merupakan teman rapat kepada Bront sendiri.
“Saya sokong!!!” Tulis Sharifah Amani menyokong ingin melihat Bront Palarae menjadi pengulas sukan sea.
“kemon bro.. asyik main International je.. balik la demi Harimau Malaya.. Demi Malaysia tercinta..” ujar Remy ishak yang turut memberi reaksi terhadap cadangan itu.
Di samping itu, Bront Palarae kemudiannya membalas sendiri harapan peminat itu dengan hanya memberikan simbol emosi terkejut.
Reaksi netizen pula merasakan idea itu kelakar namun ada yang tetap menyokong cadangan itu agar mengembalikan kegemilangan sama seperti filem Ola bola dengan mengulas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 yang akan berlangsung malam ini.
Namun, ada segelintir netizen yang kurang bersetuju dengan idea untuk menjadikan Bront sebagai pengulas sukan memandangkan wataknya dalam filem tersebut dibekalkan skrip untuk mengulas.
Filem Ola Bola telah mencatat kutipan pecah panggung RM15.8 juta pada tahun 2016.
Malam ini, Malaysia bakal berhadapan saingan Thailand dalam perlawanan final bertempat di Stadium Shah Alam. MH mengucapkan semoga berjaya buat Pasukan bola sepak skuad Malaysia Bawah 22 tahun (B22).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI