Pelakon, Datuk Putra kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci mekah.
Lantas, pelakon drama Mencintaimu itu juga ada memuat naik sepotong video beserta kapsyen.
“Saya tidak ada apa nak tuliskan, Biarlah ucapan menyampaikan segalanya. Kerana Allah Maha tahu Isi Hatiku buat mereka. Tiada boleh mengganti mereka. Selamat Hari Lahir IBU ku Hajjah Noor Banoo Khan Mohd (16.2.19), Selamat Hari Lahir ISTRI ku @aidayusof786 (15.2.19).
“‘Maaf’ ,VALENTINE tidak ada dalam Kamusku,” tulis Adi ringkas.
Instafamous yang juga ushawan yang dikenali sebagai Cik Epal baru-baru ini ada memberikan kejutan buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jofliam yang ke-30.
Disunting kepada beberapa bahagian, video kejutan dan sekitar majlis keraian bersempena sambutan hari jadi itu telah dikongsikan wanita berusia 28 tahun ini menerusi Instagram.
Cik Epal ada memaklumkan, awalnya dia memberi kejutan buat suami dengan berlatar belakangkan lagu latar yang menjadi saksi cinta mereka sejak sekian lama. Malah, dia sempat berseloroh membayangkan hadiah yang bakal diberikan bukanlah seluar dalam berharga RM4,000!
“Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.
“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.
“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING.
“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulisnya.
Pada masa sama, dia sanggup menambah kos sekitar RM10,000 bagi menaiktaraf bunyi enjin kereta ikonik berkenaan. Perkongsian tersebut turut dimuat naiknya di IG.
Menitipkan doa buat tiga insan yang telah pergi, Irma Hasmie menerusi laman Instagram memohon agar ketiga-tiganya dipermudahkan urusan di sana.
“Al-Fatihah buat Abdul Bari Asyraf Mohd. Salam takziah juga buat keluarga Allahyarham.
“Juga buat pemergian Adik Siti Masyitah Ibrahim dalam keadaan tragis.
“Dan Ramli Yusof yang maut akibat kemalangan di Gua Musang.
“Ya Allah! Ampunilah sahabat-sahabat kami ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kubur bagi dan berikanlah cahaya di dalamnya,” tulisnya memohon doa.
Tindakan Irma dituruti netizen yang turut sebak dengan pemergian tragis ketiga-tiga mangsa.
Abdul Bari lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda ke muara Sungai Terengganu.
Manakala adik Masyitah mati dibunuh dengan keadaan tragis apabila kepalanya terpisah daripada badan, tangan dan kaki diikat sementara beberapa organ dalaman mangsa dikatakan turut dirodok keluar.
Foto – Instagram Irma Hasmie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dangdut, Amelina ada memuat naik video di Instagramnya malam tadi.
Video tersebut memaparkan gelagatnya bersama pelakon Fasha Sandha yang sedang miming lagu terbaru Amelina berjudul Janda Anak Enam.
Kedua-dua mereka kelihatan gembira sambil menari di atas katil.
“Inilah nasib kami ibu tunggal..
“Korang rasa apakah yang Kaklong tengah buat dgn adik tingtongku @fashasandha sorang ni?! Wowww lain mcm ek bila dua janda bergabung miming lagu #JandaAnakEnamnih. Macam2 kitaorg buat & bawangkan tauuu.. Korang kesayangan Kaklong tunggu k!
“Inilah nasib kami ibu tunggal di malam hari kekasih! Nakkkk kaweennnnn…,” tulis pemenang tempat keempat Gegar Vaganza itu.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.