Seperti sedia maklum Hafidz Roshdi bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi dan kini usia kandungan isterinya baru sahaja mencecah empat bulan.
Menurut Hafidz, naluri hatinya kuat mengatakan bahawa anak sulungnya yang bakal lahir nanti adalah anak lelaki.
“Walau pun belum melakukan imbasan jantina anak, tak tahu kenapa naluri saya kuat mengatakan kami bakal dikurniakan anak lelaki. Begitu juga isteri yang inginkan anak lelaki,” jelasnya.
Naluri hatinya yang kuat mengatakan anaknya itu adalah lelaki maka Hafidz telah memilih nama Luth.
“Disebabkan itu saya memilih nama Luth. Pada masa sama saya juga ada senaraikan tiga nama sekiranya anak perempuan. Namun dalam soal ini segalanya atas ketentuan Allah SWT,” terangnya.
Sedap nama Luth yang menjadi pilihan Hafidz itu. Semoga impian Hafidz dan isteri untuk menimang cahaya mata lelaki termakbul.
Sumber › Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI