Didakwa berkongsi video sambil memaparkan duit berkepok menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan influencer, Aisar Khaled kini sedang ‘diintai’ pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi video terbaharunya, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan.
Menerusi video sama, pemuda berusia 22 tahun itu berkongsikan caranya membahagikan duit pada setiap bulan untuk dibelanjakan mengikut kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, maintanance kereta dan aktiviti membeli-belah.
Dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, komen daripada pihak LHDN telah menarik minat netizen.
Selain video tersebut, netizen turut sangsi dengan perkongsian Aisar sebelum ini yang mendedahkan dia kini memiliki kediaman sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Ads
Selain isu menayang duit, nama Aisar sebelum ini juga pernah hangat gara-gara pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang.
Malah videonya menziarahi kubur penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang digunakan sebagai modal konten untuk saluran YouTube miliknya turut diperkatakan sebelum ini.
Ads
Aisar bagaimanapun memohon maaf atas khilaf yang telah berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Indah Ruhaila hari ini berkongsi kisah lucunya bersama peminat di Instagram apabila bertanya sama ada pernah atau tidak memiliki persalinan harian yang selesa dipakai meski ia sudah koyak.
Perkara tersebut ditanya penyanyi lagu Pudar itu menerusi Insta Stories.
“Korang pernah tak ada baju rumah yang korang suka dan selesa sangat pakai walaupun dah koyak. I got one!,” tulisnya.
Di dalam status seterusnya, Indah memuat naik pakaian kesukaannya yang jelas memaparkan koyakan yang teruk.
“Hari ni dia dah pergi buat selamanya hahahaha! Sumpah la baju ni selesa dia tahap teruk tau. Last semalam cuci, tengok keluarkan dari washing machine dah makin parah.
“Abang gelak sampai pecah perut. Actually abang banyak kali dah suruh buang, tapi hari ni terpaksa buang sebab baju tu dah jadi roti kirai awak sedihnya. L ebih 10 tahun hidup bersama! & #RIPmycomfynightdress,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, akui turut sama rasa sedih susulan berita mengenai penerbit dan komposer lagu terkenal, Roslan Aziz, 60, yang kini menghidap kanser limfoma (kanser darah) tahap empat.
Menurut Nora, Roslan banyak menabur jasa kepada industri dan penggiat seni menerusi hasil karya selain beliau juga antara penggerak kepada lagu hitsnya, Jentayu.
“Please stay strong Abang Lan. Roslan Aziz adalah figura yang telah menggabungkan saya & Dato Sheila Majid dalam lagu Jentayu.
“Saya tumpang sedih dan terpanggil bila mendapat tahu, Abang Lan sedang diuji dengan kanser. Allahukbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri & artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu,” tulisnya di Instagram.
Nora pada masa sama turut mengenang kejayaan lagu berkenaan yang diangkat sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996.
“Jentayu sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996. Ramai yang tahu kejayaan & kehebatan lagu Jentayu, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid & arwah Johan Nawawi.
“Ciptaan arwah Johan Nawawidah lirik oleh ayahanda Dato Dr Usman Awang. Hebat lagu ni.
Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif dari saudara Roslan Aziz dan Johan Nawawi.
“Roslan Aziz adalah produser untuk lagu ini. Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dengan Dato Sheila majid. Dia juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihormati oleh arwah Johan dan semua rakan-rakan industri.
“Jentayu adalah sebuah lagu yang merupakan masterpiece untuk sepanjang karya Johan Nawawi. Ajal maut ditangan Allah SWT.
“Sempena ramadan ayuh kita sama-sama berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa, insyaAllah,” tulisnya lagi.
Terdahulu menerusi Astro Awani, Roslan pada awalnya memaklumkan, dia mengalami sakit perut teruk pada 1 November tahun lalu mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.
Dia dinasihatkan doktor membuat pemeriksaan menyeluruh iaitu ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonan magnetic (MRI) untuk mengesan penyakit sebenar dihidapi.
“Mula-mula saya amat sedih apabila doktor mengesahkan saya didiagnosis menghidap kanser. Tapi, keadaan saya tidaklah begitu teruk. Saya sedar bahawa hidup yang saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” katanya.
Roslan berkata dia bagaimanapun sudah menerima ujian diberikan Allah itu dengan sabar dan reda.
Malah, bersyukur di kelilingi keluarga, sahabat dan kenalan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus kuat melawan penyakitnya.
Roslan yang juga bekas suami Datuk Sheila Majid kini sudah 23 tahun hidup bersama isterinya, Sopphilea Hamid yang banyak berkorban dan memberikan semangat buat dia menghadapi dugaan besar itu.
Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri penyanyi Yonnyboii, Nik Nazira Nariman mengakui dia tidak membaca komen-komen negatif netizen yang dilemparkan berhubung imej terbaharunya yang tidak bertudung.
Nazira, 23, yang juga merupakan seorang pempengaruh dan selebriti media sosial sebelum ini cukup dikenali dengan imej berhijab dan kemunculannya bersama Yonnyboii di sebuah acara hiburan pada Februari lalu telah mencetuskan persoalan netizen mengenai penampilannya yang sudah tidak bertudung.
“Ini bukanlah penampilan baru (tidak bertudung) sebab saya baru bertudung sejak setahun lalu.
“Saya minta doakan sahaja yang baik-baik sebab kita tak tahu dalam setahun atau tahun-tahun akan datang saya mungkin akan jadi lebih baik daripada orang yang mengutuk tu.
“Mana tahu orang yang kutuk itu pula jadi lebih teruk dari sekarang sebab kita tidak tahu jalan hidup kita,” katanya kepada Media Hiburan.
Nazira ditemui ketika menemani suaminya pada majlis iftar anjuran Universal Music yang berlangsung di pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Bergelar isteri kepada seorang yang dikenali, Nazira mengakui dia sudah bersedia dengan segala kritikan yang diterima kerana secara tidak langsung dia turut menerima tempias populariti suaminya.
“Sebelum saya buat keputusan untuk be public (imej tidak bertudung), saya dah bersedia… jadi saya tidak baca pun komen sebenarnya.
“Sebolehnya saya cuba untuk elak baca sebab saya tahu kalau baca lagi buat saya sakit hati, so it’s okay.
“Mulut orang kita tak boleh buat apa-apa,” katanya lagi.
Nazira dan Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang.
Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober tahun lalu selepas sebulan bercinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yonnyboii, Nik Nazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.