Berita

Legacy 30 Siti Nurhaliza, Muncul Dari Platform Tinggi, Senak Perut Tengok Lebih 65,000 Penonton Penuhi SNBJ

Share

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila membuka pentas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dengan muncul dari atas platform tinggi.

Siti memulakan persembahan menerusi dua buah lagu hitsnya iaitu Purnama Merindu dan Dialah Di Hati.

Menurut Siti, malam ini akan menjadi momen istimewa, terutamanya buat peminat yang sentiasa menyokong sepanjang tiga dekad bergelar anak seni.

“Malam ini malam Siti Zoners. Mari kita raikan.

“Masya-Allah, senak perut saya tengok anda semua. Bagi saya masa untuk menikmati view yang indah ini,” katanya sejurus membuat persembahan awal.

Siti turut menyifatkan SNBJ sebagai lokasi ikonik yang pernah menjadi sejarah bermakna buat dirinya sebagai anak seni.

“Malam ini akan jadi malam yang panjang. Malam ini lkasih sayang menerusi lagu saya yang anda mungkin dengar sejak kecil.

“Saya nak imbau 28 tahun yang lalu ketika Sukan Komenwel 1998. Konsert Fantasia pada 2004. Inilah tampatnya. Kecil sahaja pentasnya dulu. Kali ini lebih besar,” katanya lagi.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berjaya menghimpunkan lebih 65,000 penonton setia yang mula memenuhi setiap ruang sejak pagi tadi.

Untuk hiburan terkini dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf