Categories: Berita Hiburan

Lana Nodin Tersentuh, Suami Mualaf Ajak Ke Masjid Lepas Wayang – “Terima kasih Allah SWT…Teruskan Istiqamah, Hidayah Tu Mahal.”

Share

Pelakon, Lana Nodin meluahkan rasa terharu apabila suaminya, David McKienzie, yang juga seorang mualaf, mengajak mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid sejurus selesai menonton wayang.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, momen itu membuatkan dirinya berasa bangga dan bersyukur melihat perubahan positif suaminya dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang. Gembira dia bila nak ke masjid, siap menari lagi,” tulisnya di Instagram bersama tanda pagar #proudwifey.

Doa Agar Terus Istiqamah

Menerusi perkongsian sama, Lana turut memanjatkan doa agar hidayah yang diberikan Allah SWT kekal berpanjangan dia dab seisi keluarga.

“Terima kasih Allah SWT. Semoga berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.

“Teruskan istiqamah, hidayah tu mahal,” luahnya lagi pada hantaran yang sudah meraih hampir 3,000 tanda suka itu.

Sementara pada ruang komen, rata-rata peminat menitipkan reaksi positif, mendoakan agar pasangan itu terus diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Sebagai informasi, Laha dab David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie bertemu jodoh pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH