Fattah Amin, pelakon dan penyanyi baru-baru ini melancarkan single raya terbarunya yang berjudul Syawal kali ini.
Istimewanya, lagu raya sulung ini merupakan hadiah ekslusif buat peminatnya yang selama ini menantikan lagu raya daripadanya.
Menerusi akaun Instagram, suami kepada Fazura ini sedang giat membuat promo lagu Syawal Kali Ini di stesen televisyen dan juga radio.
Menariknya, sebelum ini lagu nyanyiannya sering mendapat kecaman netizen namun untuk lagu Syawal Kali Ini, lagunya itu mendapat pujian ramai.
Untuk pengetahuan lagu tersebut sudah boleh didengar menerusi aplikasi Spotify dan iTunes.
MH sendiri hadir semasa pelancaran lagu tersebut baru-baru ini, tidak dinafikan memang meriah rasanya dan sedap didengar lagu itu.
Diharap Fattah Amin terus menghasilkan lagu yang berkualiti, kreatif dan diterima ramai.