Penyanyi Black Hanifah berkongsi perkembangan terbaru isterinya, Cira Khairi yang kini sedang sarat mengandung anak kedua.

Katanya, segala persiapan untuk menyambut anak kedua mereka pada awal November depan telah tersedia.

“Okay, persiapan barang baby memang semua 100% sudah tersedia berbeza dengan yang sebelum ini, tak sempat disediakan sebab keluar awal.

 

“Jantina tak tahu lagi, baru nak check. Kami memang nak ‘baby girl’ tapi mana-mana pun terima sebagai rezeki,” katanya kepada MH ketika ditemui di sidang media Oh My Family musim kedua di Hornbill Restaurant & Cafe, KL Bird Park pada Rabu.

Tambahnya lagi, untuk kandungan kali ini, dia dan isteri sememangnya banyak berjaga-jaga.

IKLAN

“Isteri saya semasa trimester pertama memang alahan teruk, tak boleh bangun, naik kereta dan sebagainya. Tambahan pula, pengalaman tiga kali gugur jadi kami memang sangat berjaga-jaga.

 

“Doktor pun ada beri kemungkinan boleh jadi macam dulu (gugur) jadi kami memang dah set kalau lepas lapan bulan memang bersyukur sangat dah.

 

“Alhamdulillah, kandungan kini dah cecah lapan bulan dan lagi tiga minggu, InsyaALLAH akan dapat orang baru,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Black juga sempat berkongsi pandangannya mengenai merakam video sewaktu isteri melahirkan anak.

“Pada saya, mungkin saya akan rakam waktu isteri bersalin tapi takdelah tayang kat semua orang, untuk simpanan peribadi sahaja.

 

“Tapi, ikut moodlah macam mana sebab saya lebih suka tengok live. Masa Cira bersalinkan Dayyan pun saya tengok dari awal sampai habis apa doktor buat sebab rasa ingin tahu itu,” katanya lagi.

Rancangan Oh My Family musim kedua merupakan sebuah rancangan realiti kekeluargaan berbentuk hiburan berpendidikan yang menampilkan barisan selebriti popular bersama anak-anak mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

IKLAN

Lagi 3 Minggu Bakal Dapat ‘Orang Baru’, Black Hanifah Kongsi Perkembangan Isteri

Selain Black, selebriti lain yang terlibat adalah Nabil, Sharifah Shahira,Shuib Sepahtu dan Siti Sarah serta artis Indonesia, Ussy Sulistiawaty dan pasangannya, Andhika.

IKLAN

Program sebanyak lapan episod ini akan mula bersiaran pada 10 Oktober, setiap hari Rabu jam 9 malam di saluran Astro Ria, Ria HD, dan Astro Ceria serta di platform digital menerusi aplikasi Astro Go, On demand dan Tribe.

Foto/Instagram: Black Hanifah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI