Categories: Berita Dalam Negara

‘Kurik Kundi’ Jadi Taruhan Wakil Malaysia Di Miss International 2025

Share

Wakil Malaysia ke pertandingan Miss International 2025, Allyson Ee, bakal mengangkat martabat seni dan budaya negara apabila mempersembahkan kostum nasional kaya identiti tempatan di pertandingan berprestij tersebut yang berlangsung di Jepun.

Busana berwarna-warni yang dinamakan ‘Kurik Kundi’ itu adalah hasil kreativiti dua pereka, Faizal Azhar dan Helmy Sharip, yang mengekalkan elemen tradisi sebagai teras utama rekaan.

Berinspirasikan busana Puteri Perak, kostum berkenaan turut diperkemas dengan perhiasan Wau yang cukup sinonim dengan kebudayaan Melayu, menjadikannya tampil lebih bermakna dan berkarakter.

Keunikan rekaan terserlah melalui penggunaan fabrik songket, batik dan pua kumbu, tiga warisan tekstil yang menjadi lambang kepelbagaian budaya Malaysia.

Setiap helaian diolah dengan teliti bagi memberi penegasan terhadap mutu seni kraftangan tempatan yang semakin mendapat perhatian di arena antarabangsa.

Bagi mengukuhkan sisi dramatik dan nilai estetika, bahagian bahu kostum tersebut dihiasi elemen bunga kebangsaann iaitu Bunga Raya dan Bunga Bunga Pakma yang tumbuh di hutan Malaysia, sekali gus menambah daya tarikan visual ketika dipersembahkan di pentas.

Dengan pengalaman serta keyakinan yang dimiliki, gandingan Allyson bersama keunikan “Kurik Kundi” dijangka memberi impak positif dan memperlihatkan kekayaan budaya dan seni Malaysia.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA