MH terkejut dengan perkongsian vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh di Instagram apabila dilihat dia kini berada di hospital baru baru ini.

Namun melalui posting yang dikongsikan olehnya semalam, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi, Noh dilarang menaiki kapal terbang jarak jauh untuk memastikan kesihatannya tidak terjejas.

Saya dah balek umah. Di larang naik flight or naik kapal jauh2 takut sakit lagi panjang cerita. Thankyou so much buat wish dan doa2 kalian. Saya amat2 menghargainya. #Repost @officialnohsalleh ・・・ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak atas kekurangan saya. Beberapa perancangan terpaksa dibatalkan berikutan dengan masalah kesihatan saya. Promo tour Jakarta juga tidak terkecuali. Saya tahu pihak team Noh Salleh Indonesia telah melakukan preparation yang banyak juga kerjasama pihak yang lain untuk menjadikan promo tour ini sukses. Kepada teman2, pihak media, promoter dan organiser di Indonesia saya ingin memohon maaf. Doakan semoga tour ini dapat dilanjutkan setelah saya kembali sihat seperti sediakala. 🙁 • • اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

“Saya dah balek umah. Di larang naik flight or naik kapal jauh-jauh takut sakit lagi panjang cerita. Thankyou so much buat wish dan doa2 kalian. Saya amat2 menghargainya.” Ujarnya

Malah, penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih dbuat segala ucapan dan doa daripada peminat yang tidak henti mendoakan yang terbaik buatnya serta menghargainya.

IKLAN

Seperti semua tahu, Noh kini sedang sibuk dengan kempen jelajah di beberapa negeri dan luar negara. Salah satunya ialah Indonesia.

Akan tetapi, malangnya, Noh dikatakan bakal membatalkan jelajahnya di Indonesia.

IKLAN

Noh turut mengambil kesempatan memohon maaf dan mengharap doa daripada semua agar jelajah tersebut dapat dilanjutkan setelah dia kembali sihat seperti sediakala.

IKLAN

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak atas kekurangan saya. Beberapa perancangan terpaksa dibatalkan berikutan dengan masalah kesihatan saya. Promo tour Jakarta juga tidak terkecuali.”

 

 

“Saya tahu pihak team Noh Salleh Indonesia telah melakukan preparation yang banyak juga kerjasama pihak yang lain untuk menjadikan promo tour ini sukses. Kepada teman-teman, pihak media, promoter dan organiser di Indonesia saya ingin memohon maaf.

 

 

“Doakan semoga tour ini dapat dilanjutkan setelah saya kembali sihat seperti sediakala.”

Ruangan komen di Instagram Noh juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu bimbang.

Kurang Sihat, Noh Hujan Minta Maaf?

Syukur Noh semakin pulih, MH berharap agar semuanya akan kembali normal seperti biasa. Apa pun Noh jangan ambil mudah dan jangan lupa jaga kesihatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI