Nampaknya hujung bulan ini, negara akan menerima satu lagi kunjungan daripada selebriti Korea Selatan iaitu kumpulan, The King untuk program ‘Get Together’ mereka bersama peminat.

MH difahamkan bahawa kumpulan tersebut bakal berada di tanah air selama 5 hari bermula 27 April hingga 1 Mei 2018 untuk program berkenaan.

Untuk pengetahuan korang, kumpulan ini terdiri daripada 5 orang anak muda dan debut pada tahun 2012 lalu. Genre muzik mereka lebih tertumpu kepada hip hop dan R&B.

Kumpulan The King Ke Malaysia, 27 April Ini

IKLAN

Sebelum debut, kumpulan ini aktif dalam persembahan di Hongdae, sekitar Korea Selatan dan juga Jepun.

Dalam pada itu, kumpulan tersebut juga turut terlibat dalam upacara ‘congratulation celebration’ semasa Sukan Incheon Asia 2014. Ahli kumpulan The King juga turut terlibat dalam persembahan musikal di samping nama-nama besar di Korea Selatan.

IKLAN

Sementara itu, ini merupakan kali kedua The King hadir ke Malaysia di mana tahun lalu, mereka terlibat sebagai ‘opening act’ untuk program ‘Korean Opera Night’ bersama aktor Sung Hoon tahun lalu.

IKLAN

Menerusi satu kenyataan oleh pihak penganjur, Yi Pin Studio menjanjikan peminat, pengalaman tang tidak dapat dilupakan menerusi program ‘Get Together’ ini.

Kumpulan The King Ke Malaysia, 27 April Ini

“Lawatan promo ‘The King Get Together Tour Party In Malaysia’ bukan sahaja memberikan persembahan yang mantap malah peminat juga turut boleh berinteraksi dengan artis kesukaan mereka.

“Terdapat beberapa aktiviti seperti permainan, ‘Hi-touch’ dan lain-lain buat mereka yang hadir,” kata kenyataan daripada penganjur.

Tidak hanya tertumpu di ibu kota, The King juga akan ke sebuah negeri di utara tanah air untuk bertemu peminat antaranya seperti Atria Shopping Gallery, Berjaya Times Square, The Mines, Aeon Ipoh Station 18 dan Melawati Mall.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI