Kuda Dalam Keadaan Tidak Baik, Sultan Mizan Tarik Diri Dari Sukan Sea

Minggu lalu heboh di laman media sosial yang tidak sabar menantikan tiga VVIP bakal berentap di Sukan Sea 2017 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Salah seorang VVIP iaitu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abudun terpaksa menarik diri pada saat akhir daripada Sukan Sea dalam perlumbaan kuda lasak kerana kuda yang bakal ditunggangnya berada dalam keadaan tidak baik.

Disebabkan oleh itu,Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo memberitahu Sultan Mizan terpaksa menarik diri demi kebaikan pasukannya.

IKLAN

”Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik,” katanya kepada pemberita.

Menurut Beng Choo, keputusan untuk menarik diri adalah satu keputusan yang paling sukar untuk diambil kerana Sultan Mizan telah menjalani latihan dengan gigih setiap hari.

Dua lagi VVIP yang bakal berentap di Sukan Sea nanti adalah Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang akan bersaing dalam acara Ekuestrian – Polo pada 22 Ogos hingga 29 Ogos nanti.

Manakala seorang lagi VVIP adalah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen daripada negara Brunei Darussalam dan akan berentap dalam acara yang sama dengan Khairy Jamaluddin iaitu, Ekuestrian – Polo.

IKLAN

Kami di MH Online mengucapkan selamat berjaya buat semua atlet yang bakal berentap di Sukan Sea nanti dan buat para atlet dari Malaysia kami sentiasa menyokong anda untuk mengharumkan nama negara.

Sumber: Bernama