Categories: Berita Hiburan

Korie Tersingkir! Nubhan Kembali Kuasai GV12 Dengan 74%… Freshies & Mark Adam Pula Seri Raih 65.25%

Share

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh warna dan persaingan sengit apabila Korie diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Malam tadi, adik kepada penyanyi legenda Ella itu membawakan lagu Belum Siap Kehilangan yang dipopularkan oleh Steven Pasaribu, namun persembahan tersebut gagal memikat hati juri.

Sementara itu, Nubhan kembali mengukuhkan kedudukannya apabila berjaya menduduki tempat pertama minggu ini dengan 74%.

Persembahan dinamik dan tersendiri menerusi lagu

Aladin (Spider) nyata menjadi taruhan utama yang memikat hati juri.

Mengikuti rapat, Krisya meraih 73% manakala Mendua mengumpul 72.50%.

Mell Sakura, Rahmat Ekamatra dan Korie pula berada dalam kelompok tiga terbawah carta minggu ini.

Berikut ialah senarai penuh markah para peserta GV12 yang masih berada dalam saingan;

Pengisian GV12

13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail.

Menambah serit, SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.

Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Acara pula dikendalikan oleh gandingan hos Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara utama.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula sejak 2 November lalu untuk tempoh 12 minggu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH