Beberapa penerjun negara yang terpalit dengan kontroversi mengambil minuman keras dan mabuk menerusi rakaman video yang tular sejak semalam, memohon maaf secara terbuka pada Khamis.

Pada masa sama, mereka turut rasa menyesal atas apa yang berlaku.

“Memang itu video kami dan itulah yang berlaku dan kami sangat menyesal atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chew Yiwei yang mewakili atlet terjun negara dalam sidang akhbar khas di Majlis Sukan Negara (MSN) seperti yang dipetik.

Menurut laporan Utusan Online lagi, salah seorang atlet terlibat iaitu Yiwei memberitahu mereka tidak tahu individu yang merakamkan video berkenaan.

IKLAN

Pada masa sama, mereka juga enggan membuat spekulasi tetapi mengakui, apa yang salah tetap salah. Secara langsung, mereka yang terlibat juga harus berdepan dengan insiden yang sudah berlaku.

“Kami tidak tahu (siapa yang merakamnya), tidak elok untuk membuat spekulasi. Kami sedar kesalahan adalah tetap kesalahan dan kami memohon maaf atasnya,” katanya lagi.

Meskipun hanya tujuh atlet terbabit dalam video yang tular baru-baru ini tetapi ke semua mereka tampil di sidang media berkenaan.

IKLAN

Terdahulu, Yiwei mewakili enam penerjun terlibat menjelaskan, video tersebut diambil ketika meraikan malam Tahun Baharu Cina lalu ketika berada di luar negara untuk menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Siri Kejuaraan Dunia.

Sementara itu, Pandalela Rinong pula menjelaskan, dia menyerahkan siasatan berkenaan kepada pihak bertanggungjawab.

IKLAN

“Kami di sini adalah untuk memohon maaf dan selebihnya itu (mengenai individu yang mengambil video tersebut) kami serahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya seperti yang dipetik.

Difahamkan, video berkenaan sudah pun dipadamkan menerusi media sosial.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI