Rasanya lama tak dengar khabar berita mengenai Azlan & The Typewriter kan? Rindu pula nak lihat kemantapan suara vokalisnya, Nor Azlan Rosle atau lebih mesra dipanggil Azlan beraksi di atas pentas.

Tidak mahu peminat tercari-cari kehilangannya, Azlan menjelaskan mengenai aktiviti yang dilakukan kini.

IKLAN

” Saya banyak di belakang tabir, hanya keluar bila perlu sahaja. Dalam masa terdekat ini akan keluarkan satu projek band ‘independant’.

“Sebab saya buat projek ini memandangkan dulu merupakan antara yang ‘membuka pintu’ dalam ‘independance scene’ ini maka saya rasa perlu untuk patah balik ke keadaan dulu,” katanya kepada Media Hiburan.

Azlan ditemui ketika menjayakan The Stage Raya Media Hiburan x Remaja di Karnival Karangkraf, hujung minggu lalu.

IKLAN

‘Kita Bagi Peluang Pada Penyanyi Baru’ – Ini Jawapan Azlan & The Typewriter Bila Sering Kerja Di Belakang Tabir

IKLAN

Dalam pada itu, tambahnya lagi, dia juga ingin memberikan peluang kepada penyanyi-penyanyi baru untuk dikenali di industri.

“Di sosial media, ramai yang bertanya cuma untuk komersial belum lagi sebab saya ingin beri laluan kepada penyanyi baru.

“Pada saya, industri kita ini tak besar jadi kalau tak buka laluan pada penyanyi-penyanyi baru nanti peminat akan cepat bosan bila lihat muka yang sama sahaja.

“Lagipun, saya bersependapat dengan rakan artis lain untuk beri ruang kepada penyanyi-penyanyi baru untuk ada dalam industri seni tanah air

“Kita agak beruntung kerana populasi negara kita tidak begitu ramai maka artis-artis baru ini kenal-mengenali antara satu sama lain, jadi wujud persaingan yang sihat di situ,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI