Penyanyi, Liza Hanim mengumumkan kehamilan anak kelimanya semasa ditemu bual pihak media baru-baru ini.

Susulan itu, dia menerusi satu entri di laman Instagramnya berkongsi dugaan yang dihadapinya sepanjang mengandung ini.

“The news is out… Alhamdulillah saya kini hamil anak ke 5. Sesungguhnya ini adalah anugerah dan rezeki yang sungguh indah dan amat bermakna dari Allah SWT.

 

“Walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan ni, bleeding sebelum konsert Dua Diva di Singapura, kena masuk wad kerana excessive vomitting sampai dehydrated.

 

“Alhamdulillah baby kuat dan meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan. Alhamdulillah

 

“We are half way there baby doakan saya dan baby sihat sehingga melahirkan nanti… time being… kerja tetap kerja hihihi,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, ruangan komen entri tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu.

Kini Hamil Lagi, Liza Hanim Kongsi Dugaan Mengandung

IKLAN

Kini Hamil Lagi, Liza Hanim Kongsi Dugaan Mengandung

IKLAN

Di kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan tahniah buat Liza dan keluarga. Apa-apapun, kerja, kerja juga tapi kesihatan diri dan bayi kena jaga tau!

Foto/Instgaram: Liza Hanim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI