Menerusi laman Instagram Datin Seri Shahida dan laman Youtube TV Terlajak Laris, pasangan selebriti ini berbesar hati berkongsi wajah anak kelima yang baru sahaja dilahirkan petang semalam.
Shahida menerusi Instagram menyatakan bayi perempuannya belum diberikan nama lagi.
“Ini lah baby hajah saya!! belum ada nama lagi. Nak tgk full video boleh ke TV terlajak Laris Youtube sekarang!!!” tulisnya yang turut melancarkan single dan muzik video, Haruman Syurga.
Momen selepas bersalin turut dikongsikan secara eksklusif menerusi MV berkenaan.
Menjengah ke laman Instagram Aliff Syukri, usahawan selebriti itu meminta ramai supaya tidak tertipu dengan akaun Instagram yang mengaitkan anak bongsunya itu.
“Jgn sampai sy saman.. Jangan tertipu dgn ganbar dan ig palsu.. saya tidak pernah menyebarkan gambar anak saya dan anak saya tidak pernah mempunyai Instagram langsung.. ini ig org x baik menipu.
“Itu adalah palsu.. kalau nak tngok wajah Anak saya korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris 3- 4petang ini sempana lagu terbaru saya dan isteri #harumansyurga,” tulisnya.
Menerusi laman media sosial, ada segelintir netizen yang memberikan pendapat dan kritikan mengenai persembahan nyanyian Ifa Raziah di konsert Gegar Vaganza minggu kesepuluh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah merupakan pasangan duet untuk penyanyi Noorshila Amin di pentas separuh akhir program berkenaan menyampaikan lagu Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza).
Lalu, penyanyi berusia 43 tahun ini ada meluahkan perasaan di akaun Instagram miliknya, dalam satu entri terkini.
“Kenangan bersama kak @noorshilaamin di Semi Final Gegar Vaganza musim ke 6.
“Terima Kasih kpd Astro sudi menjemput ifa sebagai rakan duet utk kak shila.
“Ifa dah cuba sehabis baik utk membantu kak shila. Walaupun lagu ini ballad song, maaf jika ada sedikit kelemahan dr vokal ifa.
“Sejujurnya lagu ni memang susah utk dinyanyikan.. tapi ifa dah cuba yg terbaik.
“Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak. Walaupun nyanyi lagu slow, itu adalah gaya cara ifa perform.
“Takde niat nak tiru gaya artis2 lain, itulah gaya ifa tersendiri.
“Pd pendapat ifa sesetengah penyanyi ada Suara & Aura tetapi tiada LUCK didlm industri ni utk bertahan lama.
“Ada pulak penyanyi yg sederhana seperti ifa ni tapi masih lagi bertahan didlm industri sehingga harini dan diangkat sebagai Artis VERSATIL POPULAR selama 2 tahun berturut2 @abpbh_32,” tulisnya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser itu turut percaya pada rezeki.
“Syukur Alhamdulillah. ini dikatakan rezeki, kita hanya merancang tapi Allah SWT yg menentukannya.
“Pd pendapat ifa, kak shila memang layak ke Final GV6 smlm tetapi itu semua rezeki masing2. Ada peserta GV6 yg ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dr Segi Vokalnya & Persembahannya yg kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia so semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah Muktamad.
“Tahniah ifa ucapkan kpd kesemua Finalis GV6. So jgnlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.
“Kita ni org2 industri dah tau permainan ni dan kami redha dgn keputusan GV6 walaupun pedih utk diterima.
“Adat bertandinglah.. ada yg menang ada yg kalah. Tapi yg kalah tak semestinya diPersalahkan ataupun Mengalah!!
“So ifa harap peminat2 kak shila paham dan mendoakan semoga kak shila terus sukses didlm kariernya.
“Ifa percaya Allah SWT dah mengaturkan yg terbaik utk kita semua.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ..Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/15, Mawar Rashid mendedahkan dia dan suami, Raff Yaakob tidak membawa anaknya, Raden Muhammad Rafael untuk sama-sama bercuti ke London atas kekangan kesihatan yang dialami putera sulung mereka itu.
Kongsinya menerusi entri terkini di Instagram, dia bagaimanapun sudah menempah tiket untuk Rafael, namun bintang itu mengambil keputusan tersebut memandangkan Rafael baru sahaja keluar dari hospital.
“Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael. See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi. Dia pun baru keluar hospital haritu.
“Kita tak tau apa penyakit kalau bawak g airport and luar negara tu. so as for now kitorang avoid dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi. Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat. Gonna miss you sayang.
“Duduk baik2 sama Abai (nenek) ya,” tulis Mawar sambil memuat naik foto bersama permata hatinya itu.
Dalam perkembangan lain, bintang itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, TQ Captain di samping suaminya, Hisyam Hamid, Harris Anuar dan ramai lagi.
Drama berkenaan kini sedang rancak bersiaran di slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD.
Kumpulan pop terkenal tanah air, The Fabulous Cats kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul “Satu Syawal”, hasil kolaborasi bersama...