Nampaknya pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan kembali berjinak-jinak menggunakan laman Twitter kini mula aktif menggunakannya semalam.

Apa yang menarik perhatian MH apabila dia turut memberikan kata-kata nasihat kepada pengguna ‘tegar’ laman media sosial itu.

“Hi. Ini official twitter account Rozita Che Wan. Hati hati hampa semua yang dok tweet pasai kami.

“#ThreadRCW Hidup ini bukan semua untuk dipamerkan buat tatapan umum. Ada yang perlu disimpan rapi cukup buat tatapan dan kenangan peribadi.

Jangan sampai terlalu taksub dan hadap mahukan perhatian seluruh semesta hingga mengabaikan maruah seseorang.

“Begitulah dalam kita rancak bermain sosial media, jangan semua dilihat sewenang wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai.

“Adakalanya kita lupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia.

“Sama sama kita istiqomah dan bijak menggunakan media sosial. Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam .#bilachetaberbicara #memangpedas #goyangrapat,” tulisnya.

Kini Aktif Semula Di Twitter Dan Che Ta Beri Pesan Buat Netizen

IKLAN

Memang kena apa yang ditulis oleh Che Ta. Kadang-kadang MH sendiri takut untuk buka laman media sosial kerana risau terlihat perkara-perkara yang ‘tidak patut’.

IKLAN

Kini Aktif Semula Di Twitter Dan Che Ta Beri Pesan Buat Netizen

IKLAN

Apa-apapun, MH tak sabar untuk lihat apa lagi ‘nasihat-nasihat’ lain yang bakal Che Ta kongsikan dengan netizen untuk masa akan datang.

Foto: Instagram Che Ta

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI