Selebriti, Kim Kardashian sekali lagi ‘bangkit’ mempertahankan suaminya, Kanye West daripada menjadi bahan kecaman ramai.

Baru-baru ini, rapper, Rhymefest ‘tweet’ kepada penyanyi Drake yang baru sahaja melancarkan lagu mengutuk Kanye.

Di dalam ‘tweet’ tersebut, Rhymefest mendakwa Kanye melupakan badan kebajikan yang sama-sama diusahakan mereka iaitu Donda House.

IKLAN

“Saya mahu meminta tolong kepada Drake bagi membantu sebahagian warga Chicago yang telah Kanye lupakan.

“Tolong hubungi Donda House,” tulisnya.

Susulan itu, mungkin tidak tahan melihat suaminya menjadi mangsa, Kim berusara menjelaskan keadaan.

“Mari saya terangkan keadaan sebenar, Kanye dan Donda memwujudkan satu badan kebajikan dinamakan Loops Dream, bila Donda meninggal dunia…mereka menukar nama kepada Donda House dan Kanye turut membayar Rhymefest untuk menguruskannya.

Setelah beberapa tahun, kerana prestasi kurang memberansangkan dan Kanye mengalami masalah kewangan, dia tidak lagi boleh memberikan dana kepadanya.

“Rhymefest minta untuk mengambil alih dan Kanye bersetuju dengan syarat dia tiada langsung hubungan dengan badan kebajikan tersebut.

“Kanye memberikan kepercayaan kepada ‘kawannya’ untuk menguruskan badan kebajikan tersebut bersendirian dan sekarang dia dimalukan kerana tidak terlibat dengannya lagi?

“Saya sentiasa menyokong usaha seseorang untuk membantu masyarakat, namun saya tidak boleh bertoleransi dengan orang yang rapat dengan Kanye dan cuba untuk menggunakan nama mendiang ibunya untuk memalukannya di khalayak ramai dan berlagak baik!

“Saya akan selalu menyokong suami saya,” tulisnya

Kim Kardashian Gaduh Lagi Di Twitter Kerana Kanye West?

IKLAN

Haa..panjang lebar Kim tulis. MH yakin selepas ini mesti orang ramai takut nak ‘kacau’ Kanye kerana Kim!

IKLAN

Terdahulu, Kim turut lantang bersuara mengkritik penyanyi, Taylor Swift apabila dia mendakwa Kanye menggunakan popularitinya di dalam lagu terbaru Kanye ketika itu.

Berikutan itu, Kim dengan lantang menggelar Taylor sebagai ‘Fake’ dan sering berlagak menjadi mangsa keadaan sedangkan dia yang mencari pasal.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI