Categories: Hiburan

Kim Cattrall Sah Bernikah Dengan Russell Thomas, Beza Usia 15 Tahun Bukan Penghalang Cinta

Share

Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung di Chelsea Old Town Hall, London.

Upacara yang diadakan pada 4 Disember itu hanya dihadiri sekitar 12 tetamu rapat, menjadikan suasana lebih intim dan tertutup tanpa sebarang liputan besar-besaran daripada media antarabangsa.

Pada majlis berkenaan, Kim, 69, tampil anggun mengenakan persalinan serba putih daripada rumah fesyen Dior, termasuk blazer

, tulle skirt, topi bunga rekaan Philip Treacy serta sarung tangan Cornelia James.

Penampilannya dilengkapi sepasang kasut putih yang menyerlahkan gaya klasik Inggeris. Russell pula, yang kini berusia 54 tahun, memilih sut hitam custom rekaan Richard James dengan padanan tali leher emas.

Dalam laporan media antarabangsa, pasangan berkenaan mula berkenalan pada 2016 ketika Kim menghadiri rakaman di studio BBC, tempat Russell bertugas sebagai jurutera audio.

Pertemuan ringkas itu membawa kepada komunikasi di media sosial sebelum hubungan mereka berkembang dan menjadi lebih serius. Russell kemudiannya terbang ke Vancouver untuk bertemu Kim dan sejak itu mereka kekal bersama hampir sedekad.

Sebelum ini, Kim pernah melalui tiga perkahwinan, namun beliau menyifatkan Russell sebagai pasangan yang “layak dinanti” selepas melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan dan kerjaya.

Perkahwinan yang berlangsung secara sederhana itu mencerminkan pilihan Kim dan Russell untuk meraikan detik penting dalam suasana tenang, tertib dan jauh daripada publisiti, sekali gus menandakan bab baharu dalam kehidupan peribadi mereka.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA