Kilafairy Duet Dengan Sean Kingston

Pelakon dan penyanyi cantik Kilafairy, 25, bakal melancarkan single duet bersama penyanyi berdarah Amerika-Jamaica, Sean Kingston hujung tahun ini.

Kilafairy yang mesra disapa Kila berkata, dia telah menyenaraikan beberapa artis luar negara dan pihak pengurusannya Lion Music Group (LMG) berjaya mendapatkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls itu bagi mengadakan projek duet bersamanya.

Menariknya, Sean Kingston turut berminat untuk berkolaborasi bersama Kila.  Kila ingin mengikut jejak langkah penyanyi Yuna dan Mizz Nina yang pernah berkolaborasi dengan Usher dan Colby O’Donis.

IKLAN

Single yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini berjudul Put The Words In telah pun selesai dirakamkan pada Jun lalu. Komposer oleh DJ Aku Ash dan lirik lagu oleh Bryn B dan Radio3000.

Sean Kingston telah datang ke Malaysia dan merakamkan lagu tersebut. 

“Proses rakaman lagu R&B hip hop ini hanya mengambil masa sehari sahaja. Satu pengalaman berharga apabila berpeluang berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat,” kata gadis berusia 25 tahun ini.

Menurut anak kepada penyanyi 80-an Rohana Jalil ini, lagu tersebut bakal diadakan dalam dua versi, iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

IKLAN

Untuk versi bahasa Melayu, hanya Kila yang akan menyanyikan dalam bahasa Melayu manakala Sean kekal dengan lirik dalam bahasa Inggeris.

“Video muzik babak Sean sudah dirakam cuma bahagian saya (dancing part) belum siap lagi,” ujarnya. 

Perkembangan terbaru kini Kila rancak menjalani penggambaran drama 30 episod, Mr Delicious untuk saluran Hypp TV.

“Kila terpaksa menangguhkan promosi lagu tersebut oleh kerana terikat dengan drama Mr Delicious,” jelasnya ringkas. 

Kini, kita lihat ramai selebriti tempatan yang boleh membanggakan apabila dapat berduet dengan artis antarabangsa popular. Tahniah Kila!