Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memanjat rasa syukur dan memaklumkan nenek tercintanya, Noraini Abdullah telah selamat menjalani proses pembedahan bagi membuang ketumbuhan, pada Rabu.
Serina berkongsi khabar berita tersebut menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan ini memberitahu kondisi neneknya kini sudah beransur pulih dan akan dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.
“Esok katanya dah boleh balik rumah. Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation.
“TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
Ads
“Papa memang anak yg baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek. Moga besar pahala papa @_chefwan58 Aminn..,” tulisnya lagi.
Baru-baru ini tular video di media sosial mengenai video tular yang merakamkan tindakan melampau yang dilakukan seorang wanita terhadap budak dipercayai anak angkatnya.
Usahawan yang kini menetap di Australia, Sajat Kamaruzzaman, 37, mengakui dia pantang sekiranya mendengar kisah penderaan melibatkan kanak-kanak.
Meski tidak menyatakan nama, namun status di Insta Stories Sajat dipercayai berkaitan dengan kes yang diperkatakan baru-baru ini.
Malah secara bersahaja dan berseloroh, Sajat berkata dia ‘sanggup pulang’ ke Malaysia sekiranya ada pihak menyuruh dia berbuat sesuatu ke atas pendera terbabit.
“Aku kalau tiba ada yang kata; kau settle budak perempuan ni, aku balik sekarang (balik ke Malaysia).
“Budak itu bukan lawan kau! Meh (mari) bergasak dengan aku, baru kau ada akal. Ngok ngek punya perempuan berambut pink.
“Macam tidak ada otak. Kalau aku dapat yang dera anak kecil tu memang aku silat-silat kat bahagian perut dia,” katanya menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Untuk rekod, Sajat juga mempunyai dua orang anak angkat, Syahmi dan Syaza yang dibelanya sejak kecil.
Terdahulu, video seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipukul menggunakan penyapu menjadi tular pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga.
Tidak dapat menahan kesedihan, penyampai radio Suria FM, DJ Lin merasa sebak pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini apabila pertama kali menyambutnya tanpa kehadiran ibu tercinta yang telah pergi dijemput Ilahi pada 24 Jun lalu.
Ibu DJ Lin, Puteh Jantan, 80 menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.
Walaupun masih terasa kehilangan arwah ibu, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 47, dan adik-beradiknya yang lain tetap cuba menghidupkan suasana hari raya seperti mana yang sering dilakukan ibu mereka pada ketika hayatnya.
“Selamat Hari Raya mak ya. Kali pertama anak-anak juga menantu serta cucu-cucu mak akan menyambut kedatangan Aidiladha tanpa mak di sisi kami.
“Tapi kami tetap tunaikan hasrat mak untuk kita masak ketupat dan lauk pauk macam yang selalu kita hidangkan di pagi raya,” tulis DJ Lin di Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu juga, DJ Lin memuat naik video dia menziarah pusara arwah ibu di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Johor Bahru.
“Mak… Orang (DJ Lin) datang ziarah kubur mak. Macam mana kehidupan mak kat sana? Orang doakan roh mak tenang dan di tempatkan di kalangan orang beriman, soleh dan solehah selalu. Orang rindu mak sangat,” luah DJ Lin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Putra Amaris mendedahkan dirinya masih belum lagi berstatus jutawan, sebaliknya komitmen untuk membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan balasan menjadi azamnya sejak sekian lama.
Amaris, 37, berkata, sejak empat tahun lalu dia bersama pasukannya sentiasa menerusian misi untuk melakukan projek infaq bagi membantu pelbagai golongan terutamanya asnaf dan ibu tunggal.
“Saya buat kerja-kerja amal ini atau infaq ini, semuanya Lillahi Taala. Demi Tuhan. Demi nak membantu orang yang susah. Untuk itu, saya memang set diri ‘aku kena kaya’ untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.
“Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga merupakan tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.
“Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah,” katanya.
Amaris ditemui pada majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics di Menara Shaftsbury Putrajaya, Ahad lalu.
Menerusi kempen terbabit, ia bertujuan membantu dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita menambah pendapatan menerusi kerjasama dengan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya.
“Dalam pertandingan ini, kita juga berkongsi rezeki. Bukan terhad untuk wanita sahaja, kita sebenarnya buka untuk semua di seluruh Malaysia.
“Insya-Allah sepanjang sebulan ini, kita juga akan bergerak membantu golongan wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada pengasas produk dan orang persendirian untuk turut serta,” katanya lagi
Ia ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000. Pendaftaran boleh dibuat di www.pelaris.challenge.com.
Turut menjadi wajah wakilan bagi kempen tersebut, Amaris, bagaimanapun menjelaskan, program infaq terdahulu menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) masih lagi berjalan.
“Program itu masih diteruskan seperti biasa setiap hari. Kami tak berhenti. Sasaran kami untuk membantu asnaf dan artis veteran juga masih digerakkan termasuk usaha untuk mendapatkan rumah untuk artis veteran yang tak berkemampuan.
“Walaupun tanggungjawab kini bertambah menerusi kempen Pelaris Challenge ini, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.
“Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izikankan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...