Pengacara dan pelawak, Ain Sufia atau sinonim dengan panggilan Ain Awok ada berkongsi berita cerita bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman, telah mengimbau kembali kenangan saat melahirkan anak pertamanya, Indah Nufa pada tahun lalu.
“HADIAH DARIPADA ALLAH. 30 Oct 2019 jam 1.29 tengah hari, hari ni genap setahun anak Ibu @indah.nufa dilahirkan ke dunia.
“Masa ni, ketika nurse tunjukkan baby selepas bersalin, ibu tak tahu nak rasa apa. Suka ke sedih ke ntah. NO FEELING. Masa tu hanya fikir. ‘Owh baby dah keluar. Haa okay’ Tu je.
“Ayah dia yg kat sebelah tu yang nangis. Lama2 barulah boleh adapt,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Ain turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu.
“Allah bagi nikmat mengandung, menjadi ibu pada waktunya. Allah Maha Mengetahui. Genap 9 bulan ibu kawen dgn ayah @matnor_forza, tibalah hadiah drpd Allah ini.
Ads
“Kehadiranmu membawa cahaya rahmat berkat rezeki dalam keluarga kita. Indah Nufa telah mengubah ibu menjadi insan yg lebih baik insyaallah.
“Drpd semalam belek2 gambar nak bersalin ibu nangis. Panjang doa ibu dlm solat dan ibu sedekahkan bacaan Yassin utk Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, kepada sahabat2 dan ahli keluarga Baginda, saudara kita yg sudah mendahului kita dan tak lupa buat Anak ibu semoga yg baik2 sepanjang hidupmu.
Ads
“Ibu masih belajar menjadi ibu yg baik dlm mendidik membesarkan anak ibu. Semoga INDAH NUFA menjadi anak solehah bijak pandai, menjadi hafizah Al- Quran, sihat selalu dan sentiasa mengINDAHkan keluarga kita. Aminn. Love, Ibu,” tulisnya lagi panjang lebar.
Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib, 33 pada 1 Februari 2019.
Foto : Instagram Ain Sufia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan tidak membenarkan aktiviti keagamaan dijalankan di masjid selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Meski sudah tiga minggu tidak dapat menunaikan solat Jumaat, penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat ganjaran pahala di hari Jumaat.
Penyanyi berusia 30 tahun itu telah berkongsi perkara tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum.. dah 3 minggu tak pergi solat jumaat. Tapi walaupun tak dapat pi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat,
“Potong kuku, baca surah al-kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah etc.. kita buat sama-sama,semoga diterima segala amalan kita guys okay! AL-KAHFI MODE ON! – @iktikafalif,” tulisnya.
Sekadar informasi, perlaksanaan PKPB tersebut yang mula berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu telah dilanjutkan sehingga 9 November depan.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Hafiz menjelaskan, usia kandungan istertinya sudah mencecah usia dua bulan dan berita tersebut diterima ketika sedang membantu seorang rakan baiknya yang jatuh sakit di Kelantan.
“Happy dapat rezeki anak, tapi… “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada.”
“Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yg sakit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup.
“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA.”
“Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yg sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya?,” tulisnya.
Hafiz pada masa sama turut mengakui perkara yang berlaku telah mengajarnya untuk terus bersyukur dan tidak menolak takdir yang telah ditentukan Illahi.
“Saya belajar something, nak tau apa? Disaat saya terima call tu, aina kata anak saya dah takde & mata Saya tgk sahabat saya tengah tak berdaya depan mata.
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya taknak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha.
“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris.
“Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan.
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dgn rezeki halal sayang.
“Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami.
“Siapa pun yg mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yg sedang mengandung itu.
“Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yg tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, satu rakaman video yang dimuat naik yang merakamkan dirinya yang sedang membantu seorang sahabat untuk menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan di baru-baru ini mendapat perhatian warga maya.
Pihak pengurusan penyanyi, Siti Sarah Raissuddin iaitu Indigital Music Sdn Bhd tampil memberikan penjelasan mengenai mengenai apa yang berlaku melibatkan Siti Sarah dan suaminya, Shuib yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Setakat ini, Nana Mohamad Rom selaku pengurus kepada penyanyi berkenaan menerusi satu kenyataan media memaklumkan pihak Sarah tidak boleh memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara.
“Untuk makluman, hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.
“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.
“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” jelas Nana.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti itu dipercayai telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Difahamkan, pasangan selebriti itu dikatakan turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, tengah hari tadi untuk diambil keterangan membabitkan kes berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...