‘Habis gelap, terbitlah terang’, demikian metafora yang boleh diungkap susulan ujian yang dihadapi pelakon dan pengacara, Amyra Rosli April lalu.
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, anak keduanya, Ayra Aryssa pula diserang penyakit keradangan saluran darah, Kawasaki.
Bagaimanapun, ujian yang diterima pastinya mempunyai hikmah apabila hos Nona itu dipilih sebagai Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards, baru-baru ini.
Kemudian, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf. Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” katanya.
Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli menambah, dia tertarik dengan tema diketengahkan MINAZ.
“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
Ads
“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ Hijab, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ berkata pemilihan Amyra menepati konsep diketengahkan kali ini.
“Memasuki siri kelima keluaran tudung dengan pernah menggunakan khidmat Kilafairy, Nora Danish dan Nelydia Senrose, kami tidak pernah berputus asa memberi variasi kepada penggemar dan pecinta legasi jenama ini.
“Kini, pertaruhan wajah dan personaliti Amyra pula dilihat bertepatan dengan konsep Kembara Cinta. Wajah manis ketimuran dimilikinya menambah pesona sisi kesopanan dankesantunan,” kata Pija MINAZ.
Ads
Koleksi tudung bawal ‘cotton’harga ‘rakyat’ berharga RM29 sahaja ini masih berkualiti tinggi dengan pembungkusan setanding jenama premium.
Namun, kali ini koleksi diketengahkan lebih berkonsep semula jadi dan lakaran motif bunga luar kotak daripada kebiasaan.
Ia akan dilancarkan pada 25 Jun ini jam 8 malam dan boleh dibeli dengan stokis serta agen berdaftar seluruh negara.
Ads
"Inspirasi diambil dari negara Timur Tengah melalui kembara saya ke negara seperti Turki, Mekkah dan Madinah. Istimewanya koleksi ini dilengkapi dengan perincian utama yang diambil daripada bentuk struktur dan monumen di negara berkenaan yang digabungkan bersama bunga - bungaan melalui persekitaran dan suasana di sana.
"Pemilihan warna juga dipilih seiring dengan persekitaran di Timur Tengah yang lebih 'earthy' dan semulajadi. Koleksi kali ini juga hadir dalam edisi sedondon untuk ibu dan anak atas permintaan ramai," kata Pija MINAZ.
Hingga kini jenama tudung ini berjaya memenuhi permintaan peminat dengan jualan 1.1 juta helai hingga kini.
Pada masa sama, jenama ini masih lagi meneruskan usaha bagi mencapai misi membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Farisha Iris menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam sebuah majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Isnin.
Menurut Farisha yang juga merupakan graduan jurusan Komunikasi dan Media, majlis konvokesyen tersebut sebenarnya telah tertangguh hampir dua tahun berikutan fasa pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini.
Katanya lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun,ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menghabiskan mengjiannya itu.
“Alhamdulillah, dua tahun tunggu convocation diploma. Selesai Diploma in Mass Communication, @ Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Alor Gajah 2018 – 2020 🙏🏻
“Bukan mudah, tiada apa yang mudah. Terima kasih ibu bapa saya, my family, my bestfriends, my classmates kerana banyak membantu dan memberikan semangat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagi Hello itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Farisha yang kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda turut memberitahu, sekiranya tiada aral melintang, dia bakal meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana pula.
“Saya tak pernah rasa bosan sambung belajar. Walaupun mencabar tapi berbaloi. Jom kita sambung master pula InsyaAllah.
“Now I have to wait another years untuk my degree convocation,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Farisha akan terus sukses lagi selepas ini.
“Congrats. Semoga Farisha dan ibunya sihat dan ceria selalu.
“Alhamdulillah tahniah anak baik.
“Alhamdulillah. Bangga tengok pencapaian awak. Moga sukses pada masa hadapan.
“Salam success hebat luar biasa.
“Tahniah dik. Moga terus maju jaya dalam mencari ilmu dan karier,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi entri berasingan, Farisha turut berkongsi sebuah video saat dia dan ibubapanya sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersempena majlis konvokesyennya itu.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 5,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Tahniah diucapkan buat pelakon Aidit Noh apabila memaklumkan isterinya yang dikenali sebagai Hana kini hamil lima bulan.
Mereka baru saja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada 29 Mei lalu.
Aidit atau nama sebenarnya, Ahmad Aidit Noh,28, memetik Boom Malaysia berkata, dia mengetahui perkara itu sebaik pulang dari set penggambaran drama bersiri popular Dendam Seorang Isteri.
“Sebenarnya isteri dah buat ujian kehamilan dua hari lebih awal sebelum dia beritahu saya. Bila tahu berita ni, siapa saja yang tak terkejut.
“Keesokannya baru saya bawa isteri ke klinik untuk melakukan ujian ultrasound dan doktor mengesahkan pada masa itu usia kandungan Hana sudah pun sebulan lebih.
“Cuma kami tidak mahu hebohkannya terlalu awal walaupun ada yang bertanya sebelum ini. Sekarang ini apabila kandungan dah benar-benar kuat, baru kami sedia bercerita,” katanya.
Berkongsi lanjut, Aidit menjelaskan Hana mengalami alahan teruk dan sering muntah selain mengidam buah delima.
“Kalau bercakap soal mengidam, tiada yang pelik sangat. Cuma masa tengah mengandung ni, dia suka makan buah delima.
“Tetapi yang menjadikannya sedikit sukar, dia hanya suka makan buah delima yang diimport dari Mesir. Tak nak yang biasa-biasa,” katanya lagi.
Hana dijangka bersalin pada November depan dan Aidit cuba menyusun jadual seninya agar dapat bersama isteri pada minggu-minggu terakhir sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Kuna Muzani syukur nikmat apabila anak gadisnya, Nur Elysha berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam Sijil Peperiksaan Malaysia yang didudukinya.
Berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram, Kuna turut menitipkan doa yang baik-baik buat Elysha.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Tahniah @elyshamuzani4 dapat 6A. Umi doakn Elysha berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasalah minta keredhan dari Allah ya.
“Lepas ni you akan bergelar pelajar bukan lagi murid sekolah hehehe. Buat yang terbaik ya. Thank you so much Elysha. Love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...