Pelakon jelita, Ruhainies menepis andaian segelintir pihak yang mendakwa dia cemburu bila mengetahui pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid sudah ada kekasih hati.

Ruhainies menerusi Twitter memberitahu, dia tidak mahu hubungannya dengan Safawi bertukar menjadi musuh disebabkan gosip tidak benar.

“Kesian La Kat Dia Dengan GF Dia,” – Ruhainies Mohon Jangan Buat Spekulasi Mengenai Apa?

IKLAN

“Kesian La Kat Dia Dengan GF Dia,” – Ruhainies Mohon Jangan Buat Spekulasi Mengenai Apa?

“Hampa ni bila article keluaq bukan nak baca pun. Baca tajuk saja”

“Rajin2 la membaca. Tau cerita from A-Z. Kan senang. So tak payah la overthinking jauh sangat. Benda simple don’t make it complicated. Kan dah habaq kawan. BerKawan biaq seribu. Bercinta biaq satu”

“Biaq pi la dia nak bercinta dengan sapa pun. Dia pun ada perasaan jugak. Bagi la chance. Hampa duk marah dia pasaipa” 

Tambah Ruhainies, dia tidak kisah jika Safawi mahu bercinta dengan sesiapa pun dan minta netizen supaya menjaga perasaan Safawi serta pasangannya itu.

IKLAN

“Sudah2 la tu buat spekulasi. Jangan la sebab kan benda cmni satgi friendship pun kemana. jadi musuh ka apa ka. kesian la kat dia dgn gf dia. Nnti depa stress. Cuba bg ruang. Biaq la nak berkawan dengan sapa pun. pleaseeeee”

“Kadang2 netizen yang suka buat teruk. Jadi batu api. Padahal xde apa pun. Kami selebriti, mungkin sbb tu jadi perhatian tapi kena la paham, banyak kali dah duk habaq, kami ni kawan saja. Takdak masa nak ber-feeling. kita kawan sudah na.”

“Kawan elok elok sudah. Support each other. Nama pun kawan kan. Ramai lagi kami duk kawan aih. Cuma depa bukan celebrity sbb tu xjadi cerita. Kami support semua kawan kawan kami. Takkan semua kawan mesti bercinta. Tak boleh la macam tu. penin”

Dalam pada itu, Ruhainies menjelaskan sebagai kawan, tidak salah untuk menyokong satu sama lain dan selain Safawi, dia punyai ramai lagi kawan lelaki cuma mereka bukan dikalangan selebriti untuk dijadikan bahan gosip.

“Kami punya ada “hati nak kena jaga” Harap semua paham la naaa” jelas Ruhainies.

Malah, Ruhainies turut memberitahu yang kini sedang mengenali rapat dengan seseorang dan hatinya perlu dijaga.

IKLAN

Minggu lepas, Safawi secara terbuka memberitahu yang dia kini sedang bercinta dengan pengacara 999, Anim Ezati Rizki.

Foto: Instagram Ruhainies & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI